Calon awal ABPBH 34 pencapaian peribadi – Naqiu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Terpilih dalam kalangan 20 calon awal kategori Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, Naqiu menganggap penyenaraian itu sebagai pencapaian peribadi.

Naqiu atau nama penuh, Wan Naqiuddin Mohd Najib, berkata selama 20 tahun mencipta fenomena bersama kumpulan Boboy hingga bergerak solo, ini kali pertama dia dicalonkan dalam ABPBH.

Namun, Naqiu tidak meletakkan harapan menggunung untuk bolos Top 5.

“Pencalonan kali pertama pada ABPBH 34 ibarat pencapaian baharu dalam hidup saya. Saya terasa macam artis yang masih hijau.

“Melihat calon lain membuatkan saya sedar diri. Apatah lagi, saya belum membuktikan sesuatu yang besar dan meninggalkan impak sebagai penyanyi solo.

Naqiu bakal melancarkan lagu duet bersama seorang lagi penyanyi yang masih dirahsiakan identitinya. Foto Ihsan Naqiu
Naqiu bakal melancarkan lagu duet bersama seorang lagi penyanyi yang masih dirahsiakan identitinya. Foto Ihsan Naqiu

 

“Semestinya dari kumpulan 20 calon, saya mahu mara ke Top 5. Harapan hendak menang, tipulah kalau tiada. Cuma saya tidak terlalu mengharap. Apapun ketentuan atau kedudukan kelak, saya okay,” katanya kepada BH Online.

Naqiu berkata, sejak dua tahun lalu, kelab peminat Naqiurius banyak memberi sokongan.

“Saya beruntung kerana masih ada peminat yang tidak jemu menyokong saya. Boleh dikatakan Naqiurius adalah campuran peminat kumpulan Boboy dan kelompok baharu selepas saya buat ‘comeback’, dua tahun lalu.

“Single pertama selepas menjuarai musim keenam Gegar Vaganza (GV6), Sinar Kedua dicipta bagi menghargai peluang kedua yang diberi selepas hampir 10 tahun meninggalkan dunia nyanyian.

“Saya terharu melihat sokongan luar biasa peminat biarpun nama saya sudah lama lenyap daripada industri,” kata pelakon filem Mat Bond Malaya itu.

Dalam perkembangan lain, Naqiu merancang menghasilkan dua lagu sehingga akhir tahun ini.

Salah satunya termasuk single kolaborasi bersama kumpulan Boboy atau kini dikenali dengan nama Six Years Boboy.

“Selepas berduet dengan Vanessa Reynauld menerusi lagu Rindu Separuh Nyawa, saya akan berduet dengan seorang lagi penyanyi.

“Bagaimanapun, identiti penyanyi terbabit dirahsiakan terlebih dahulu,” katanya yang turut muncul dengan single Masih Ada, tahun ini.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat