Individu Pulang Dari Sabah Akan Disaring Bermula Esok – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Semua individu yang tiba dari Sabah akan disaring di pintu masuk domestik dan antarabangsa, bermula esok hingga 10 Oktober depan.

Ia susulan peningkatan berterusan kes dan kluster COVID-19 di Sabah yang menyaksikan empat daerah kini dikenal pasti sebagai Zon Merah, serta bilangan pelawat dikesan positif jangkitan wabak terbabit apabila kembali ke Semenanjung dari negeri itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 10 kes positif dikesan sekembali individu terbabit dari Sabah antara 20 hingga 25 September lalu.

Hari ini, beliau berkata, 11 lagi kes positif dikesan di Semenanjung selepas individu berkenaan pulang dari Sabah.

“Mengambil kira situasi semasa ini, ada keperluan untuk melaksanakan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan COVID-19 ke atas individu dengan sejarah perjalanan dari Sabah.

“Ia bagi memantau risiko penularan jangkitan dalam kalangan individu berkenaan.

“Mereka diwajibkan memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera serta daftar masuk menggunakan aplikasi itu setiba di pintu masuk domestik dan antarabangsa di negara ini.

“Individu terbabit kemudian perlu melalui saringan gejala jangkitan saluran pernafasan dan ujian saringan pengesanan COVID-19 sejurus tiba di kedua-dua pintu masuk itu, serta menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO).

“Semua individu terbabit akan diberi surat HSO dan dipakaikan gelang kuarantin. HSO akan bermula dari tarikh ketibaan mereka di kedua-dua pintu masuk itu sehingga keputusan makmal diperoleh,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat