Versi remix lebih ‘comel’

- Advertisement -

LAGU berjudul Cute (Stop Lah Being So Cute) yang dipopularkan penyanyi BBNU, Harith Zazman mula menuai perhatian dalam kalangan peminat muzik tanah air.

Selepas berjaya mencuri tumpuan ramai daripada peminat muzik sehingga deretan selebriti tanah air termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Cute (Stop Lah Being So Cute) kini dihasilkan dalam versi remix menampilkan penyanyi dan pelakon, Nabila Razali.

Dihasilkan oleh Harith Zazman, MFMF dan LOCA B, Cute versi remix ini menampilkan perspektif daripada seorang wanita berbanding lagu asal.

Brendan Lim yang juga anggota MFMF serta memegang peranan sebagai penerbit Cute berkata, kehadiran Nabila dalam lagu ini menambah nilai kepada lagu ini.

HARITH
HARITH
MFMF
MFMF
LOCA B
LOCA B

“Kami amat berbesar hati kerana Nabila sudi terbabit dalam projek ini. Sebagai penyanyi dan pelakon yang berpengalaman, Nabila memberi nilai tambah kepada lagu ini.

“Bekerjasama dengan Nabila adalah suatu pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan,” katanya.

Lagu Cute (Stop Lah Being So Cute) nyanyian Harith bersama kumpulan MFMF dan rapper LOCA B berjaya mencipta fenomena tersendiri apabila muzik video rasmi lagu terbabit berada di kedudukan pertama carta sohor kini di YouTube dan menjana lebih 2.3 juta tontonan dalam tempoh seminggu.

Sehingga kini, selepas hampir dua bulan muzik video terbabit mencatat lebih 8.5 juta tontonan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat