Ketua Cawangan PAS Ancam Boikot Jika Presiden Gerakan Tanding ‘Kerusi Tradisi PAS’

- Advertisement -

CYBERJAYA – Hanya berbaki beberapa hari lagi sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN), dua parti komponen Perikatan Nasional (PN) mula bertelagah isu perebutan kerusi, lapor Awani.

Menurut laporan itu, konflik tercetus selepas pemimpin PAS tempatan menyuarakan ketidakpuasan hati susulan hasrat Presiden Parti Gerakan Malaysia (Gerakan), Dominic Lau Hoe Chai untuk bertanding di kerusi DUN Bayan Lepas di Pulau Pinang.

Menurut kenyataan Ketua-Ketua Cawangan PAS Bayan Lepas pada Rabu, mereka membantah cubaan itu sekeras-kerasnya dan menyifatkan kawasan itu merupakan kerusi tradisi milik parti itu.

Mereka menyifatkan Presiden Gerakan itu telah melanggar persetujuan yang telah diputuskan pada mesyuarat peringkat negeri.

“Kerusi DUN N38 Bayan Lepas merupakan kerusi tradisi PAS sejak PRU12 lagi yang mana di sini mempunyai majoriti 64 peratus pengundi Melayu dan sudah semestinya pengundi-pengundi di sini mahukan calon Melayu dari PN.

“Ketua-ketua Cawangan PAS dan seluruh jentera PAS di DUN Bayan Lepas hari ini dengan sekerasnya membantah hasrat Dominic untuk bertanding di DUN Bayan Lepas pada PRN ini yang tidak menghormati keputusan Mesyuarat PN peringkat Negeri,” katanya.

Tambah kenyataan Ketua-ketua Cawangan PAS itu lagi, mereka tidak akan teragak-agak untuk memboikot proses penamaan calon sekiranya Dominic masih berkeras untuk bertanding di kerusi berkenaan.

“Kami akan memastikan kekalahan kepada calon Parti Gerakan jika tuntutan ini tidak dipenuhi.

“Jangan sesekali bermain dengan api nanti api itu sendiri akan memakan diri.

“Jangan cabar kesabaran kami dari seluruh ahli dan Jentera PAS DUN Bayan Lepas,” kata kenyataan itu lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat