Pelumba Motosikal Berusia 14 Tahun Maut Dalam Perlumbaan

- Advertisement -

MADRID: Pelumba motosikal berusia 14 tahun dari Sepanyol maut dalam perlumbaan di litar Motorland, bandar Aragonese dekat Alcaniz, menurut penganjur.

“Kami kesal mengumumkan bahawa pelumba Hawkers European Talent Cup, Hugo Millan, meninggal dunia dalam kemalangan yang tragis,” dalam satu kenyataan di laman web Cuna de Campeones.

Millan yang bersaing dalam European Talent Cup, terjatuh daripada motosikal 13 pusing sebelum menamatkan perlumbaan.

Menurut laporan akhbar Sepanyol, Marca, motosikal dari arah belakang gagal mengelak Millan, sebelum merempuhnya di belakang badan dan bahagian leher.

Bendera merah segera dikibarkan, untuk memberhentikan perlumbaan dan selepas menerima rawatan kecemasan di litar, Millan diterbangkan menaiki helikopter ke Zaragoza Hospital.

Kejohanan European Talent Cup adalah salah satu kategori dalam FIM CEV, kejohanan antarabangsa bagi pelumba remaja di mana mereka berpeluang menyertai sirkit profesional.

– Harian Metro

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat