MUDA tawar semula jawatan Presiden kepada Syed Saddiq

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) MUDA sebulat suara bersetuju untuk menawarkan semula jawatan Presiden MUDA kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pemangku Presiden MUDA Amira Aisya Abd Aziz berkata, tawaran ini dibuat atas dua prinsip iaitu Syed Saddiq telah membersihkan nama dan integriti beliau melalui proses mahkamah yang telus dan adil.

Prinsip kedua ialah Syed Saddiq dengan secara konsisten, mempertahankan maruah dan nama baik MUDA sepanjang menjadi Ahli Parlimen.

“Jawatan Presiden MUDA yang disandang Syed Saddiq telah dikosongkan sepanjang proses mahkamah berlangsung dan dipangku oleh saya, Timbalan Presiden MUDA.

“Saya juga perlu merekodkan keputusan parti untuk mengosongkan kerusi sepanjang proses pendakwaan adalah satu iltizam politik yang tidak pernah lagi dibuat mana-mana pemimpin politik Malaysia yang sedang didakwa di mahkamah,” jelas Amira.

Tambah Adun Puteri Wangsa itu lagi, JKEP berpandangan dengan kembalinya Syed Saddiq dalam tampuk kepimpinan parti, beliau dapat mengukuhkan parti terutamanya dalam usaha mengemudi parti bagi menghadapi pilihan raya yang akan datang.

“Namun pada masa yang sama, JKEP juga menghormati keperluan Syed Saddiq untuk
mempertimbangkan tawaran ini dan telah bersetuju untuk memberikan ruang yang secukupnya kepada beliau.

“Selepas 5 tahun berdepan dengan pendakwaan dan proses mahkamah, saya amat memahami keperluan untuk parti memberikan ruang yang cukup untuk Syed Saddiq memberi keutamaan kepada
urusan keluarga sendiri sebelum kembali menggalas amanah sebagai presiden.

“Bagi saya, keluarga lebih utama. Saya juga ingatkan bahawa Syed Saddiq masih berkhidmat sepenuh masa sebagai Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat dan kawasan Parlimen Muar.

“Politik khidmat Syed Saddiq tidak pernah culas. Itu jelas tidak ada perubahan.

“Paling penting, MUDA akan sentiasa memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada Syed Saddiq dan memohon rakyat Malaysia terus mendoakan kemudahan dalam urusan MUDA membina negara,” ujar Amira.

Mahkamah Rayuan semalam telah membebaskan Syed Saddiq daripada keempat-empat pertuduhan salah guna wang Armada.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat