Limau Mandarin dan kurma juga wajar dikecualikan SST

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa mengecualikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas lebih banyak buah import, terutamanya buah limau mandarin dan kurma.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung menegaskan, kedua-dua buah berkenaan merupakan makanan yang sinonim dan tidak dapat dipisahkan dengan sambutan perayaan utama rakyat Malaysia, iaitu Tahun Baru Cina dan Ramadan juga Hari Raya Aidilfitri.

“Pengenaan cukai 5 peratus ke atas buah-buahan ini bukan sahaja menambah beban kepada pengguna, malah bercanggah dengan prinsip asal pelaksanaan SST yang dikatakan hanya memberi kesan kepada golongan tertentu sahaja.

“Jika pengecualian tidak diberikan, keadaan ini turut memberi tekanan kepada peniaga kecil dan pengimport yang bergantung kepada permintaan bermusim bagi menampung kos operasi,” ujar beliau.

Sehubungan itu, Chean Chung mencadangkan agar Kementerian Kewangan mempertimbangkan pengecualian khas SST ke atas buah limau mandarin semasa musim Tahun Baru Cina dan buah kurma semasa Ramadan dan Aidilfitri, sebagai sebahagian daripada pendekatan fiskal bersasar yang sensitif terhadap keperluan budaya dan agama rakyat Malaysia.

“Saya yakin cadangan ini tidak akan memberi kesan ketara kepada hasil negara kerana ia bersifat bermusim dan terhad, tetapi memberi impak sosial dan ekonomi yang besar kepada kesejahteraan rakyat.

“Sebagai rakan kepada Kementerian Kewangan, saya juga bersedia untuk mengadakan perbincangan lanjut bagi memperhalusi mekanisme pelaksanaan cadangan ini, demi mengurangkan beban rakyat,” katanya.

Saran Chean Chung itu muncul selepas Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan buah-buahan import seperti epal dan oren akan dikecualikan daripada cukai SST.

“Saya menyambut baik pengumuman ini.

“Namun, saya berharap pihak Kementerian Kewangan dapat mempertimbangkan dengan lebih mendalam untuk turut mengecualikan cukai SST ke atas lebih banyak buah import, terutamanya buah limau mandarin dan kurma,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat