Cukai perkhidmatan 8 peratus ke atas khidmat kewangan bermula 1 Julai, Pas anggap ‘hadiah’ untuk rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pas menyindir kerajaan kononnya langkah bank-bank di Malaysia yang bakal mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 8 peratus ke atas perkhidmatan kewangan tertentu dikenakan yuran dan komisen bermula 1 Julai ini sebagai ‘hadiah’ untuk rakyat.

Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari menyindir pelaksanaan cukai perkhidmatan 8 peratus ini adalah ‘hadiah’ buat rakyat oleh Kerajaan Madani.

“Era madani.. hadiah untuk rakyat! tempelak Ahli Parlimen Pasir Mas itu di Facebooknya.

Media melaporkan, bank-bank di Malaysia akan mula mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 8 peratus ke atas perkhidmatan kewangan tertentu yang dikenakan yuran dan komisen bermula 1 Julai ini.

Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), bersama Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) serta Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA), dalam satu kenyataan bersama semalam berkata pelaksanaan cukai itu akan dibuat secara berperingkat selaras dengan pewartaan dan garis panduan oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan berkenaan adalah sebahagian daripada peluasan skop cukai perkhidmatan yang telah diwartakan baru-baru ini.

“Cukai perkhidmatan ini hanya dikenakan ke atas perkhidmatan kewangan tertentu yang melibatkan bayaran yuran dan komisen,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, ketiga-tiga persatuan berkenaan memberi jaminan bahawa beberapa perkhidmatan asas kekal dikecualikan daripada cukai berkenaan.

“Sebagai contoh, caj berkaitan akaun simpanan dan semasa, termasuk untuk perkhidmatan asas kepada orang ramai, tidak akan dikenakan cukai, sama ada bagi perbankan konvensional mahupun Islam,” katanya lagi.

ABM, AIBIM dan MIBA turut menasihati pelanggan bank untuk merujuk kepada pengumuman rasmi daripada institusi perbankan masing-masing mengenai perincian pelaksanaan cukai perkhidmatan ini.

Kenyataan itu menjelaskan bahawa maklumat terperinci akan dikemas kini menerusi saluran rasmi bank bagi memastikan pelanggan dimaklumkan dengan tepat mengenai sebarang perubahan atau pengecualian yang berkenaan.

Pelaksanaan cukai ini dijangka memberi kesan kepada beberapa jenis perkhidmatan perbankan bukan asas seperti pemindahan dana rentas sempadan, transaksi pelaburan, pengeluaran laporan khas dan perkhidmatan nasihat tertentu.

Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperluas asas cukai negara tanpa membebankan rakyat berpendapatan rendah, selain menyokong matlamat konsolidasi fiskal jangka sederhana.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat