Siri HONOR 200 Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Jun

- Advertisement -

Siri HONOR 200 yang dikenali sebagai Flagship Estetik AI akan mula dijual di pasaran Malaysia mulai 28 Jun ini. Siri terbaharu ini yang membawakan model Pro dan Standard amat dinanti-nantikan peminat susulan pelancaran rasmi baru-baru ini. Peranti berkenaan mengetengahkan keupayaan potret yang dikuasakan AI, pengalaman pengguna Magic AI generasi baharu serta spesifikasi gred flagship yang berteraskan nilai.

HONOR 200 Pro didatangi dengan penstoran 12GB RAM+512GB dan akan dijual pada harga RM2,699. Manakala model Standard hadir dalam dua varian iaitu 12GB RAM+512GB pada harga RM2,199 dan RM1,899 untuk 12GB RAM+256GB.

Bagi setiap pembelian HONOR 200 Pro atau Standard, pembeli akan membawa pulang hadiah percuma bernilai RM898 terdiri daripada HONOR Earbuds X6 dan jaminan Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari. Siri HONOR 200 boleh dibeli menerusi laman sesawang rasmi HONOR, HONOR Experience Stores di seluruh negara, Shopee, Lazada, TikTok Shop serta pengedar sah Senheng, SenQ, Harvey Norman dan Urban Republic.

Siri HONOR 200 Menetapkan Tahap Bagi Fotografi Potret Telefon Pintar dengan HONOR AI Portrait Engine
Menangkap gambar potret bertaraf studio kini mudah dengan Siri HONOR 200. Menerusi AI Portrait Engine yang dihasilkan bersama Studio Harcourt terkemuka yang berpangkalan di Paris serta teknologi pengimejan termaju, Siri HONOR 200 mengubah fotografi potret menjadi karya seni.

Bagi memastikan kualiti pengimejan yang jitu, Siri HONOR 200 menampilkan Kamera Utama 50MP dengan model Pro mempunyai Sensor Kamera Utama H9000 1/1.3 inci yang sama digunakan dalam HONOR Magic6 Pro. Manakala model Standard pula menampilkan Sensor Sony IMX906. Selain kamera utama yang berkuasa, Siri HONOR 200 juga membawakan Kamera Telefoto 50MP dengan Sensor Sony IMX856 bersama sistem anti-goyang Dual OIS (OIS+EIS).

Untuk melaksanakan pelbagai tugasan, penggunaan aplikasi yang banyak, bermain permainan mudah alih dan sebagainya, model Pro dikuasakan pemproses Snapdragon 8s Gen 3 dan cipset HONOR C1+ RF Enhanced Chipset yang dipertingkatkan. Model Standard pula menggunakan pemproses Snapdragon 7 Gen 3. Kedua-dua peranti ini turut menampilkan perisian MagicOS 8.0 terkini dengan Magic AI Experience yang dipertingkatkan, seterusnya menawarkan pengalaman pengguna yang dikuasakan AI lebih mengagumkan.

Di samping itu, Siri HONOR 200 dimuatkan bateri 5,200mAh yang disokong pengecas berwayar 100W Wired HONOR SuperCharge. Namun, hanya Pro mempunyai pengecas tanpa wayar 66W Wireless HONOR SuperCharge. Seterusnya, kedua-dua peranti ini turut dilengkapi paparan AMOLED 120Hz yang mendapat pensijilan TÜV Rheinland Flicker Free Display Certification dan TÜV Rheinland Full Care Display Certification.

HONOR 200 Pro tersedia dalam warna menarik Ocean Cyan dan Moonlight White, manakala Standard didapati dalam warna Coral Pink, Moonlight White dan Black.

Sertai HONOR 200 Series Studio di Pavilion Bukit Jalil
HONOR sedang menganjurkan acara studio fotografi telefon pintar yang pertama di negara ini di Pavilion Bukit Jalil, Centre Court, Aras 2, Oval mulai hari ini hingga 30 Jun 2024. Penggambaran ini merupakan sebahagian daripada acara HONOR 200 Series Studio yang mana pengunjung boleh alami sendiri gambar bertaraf profesional yang diambil dengan HONOR 200 Pro.

HONOR 200 Series Studio ini juga akan diadakan ke Pulau Pinang, Selangor, dan Putrajaya dalam minggu-minggu yang akan datang. Orang ramai boleh mendaftar untuk penggambaran studio potret bertaraf profesional di tiga lokasi tersebut. Maklumat pendaftaran dan butiran acara seperti berikut:

1. Sunway Carnival Mall Main Atrium, Aras G (New Wing), Pulau Pinang (10 – 14 Julai)
Pautan Pendaftaran: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_SunwayCarnivalMall

2. Sunway Pyramid, LG2 Orange Concourse, Selangor (17-21 Julai)
Pautan Pendaftaran: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_SunwayPyramid

3. IOI City Mall LG East Court, Putrajaya (31 Julai – 4 Ogos)
Pautan Pendaftaran: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_IOICityMall

Untuk maklumat lanjut mengenai Siri HONOR 200, ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia dan laman sesawang di https://www.honor.com/my/

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat