Hutang RM1.532 bilion, PAC syor Felda belajar dulu berniaga

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Felcra Berhad (Felcra) membina keupayaan terlebih dahulu sebelum menceburi perniagaan lain selain perniagaan terasnya.

Ini selepas PAC mendapati Felcra menerusi syarikat subsidiari menceburi pelbagai bidang perniagaan, namun tidak membantu menjana pendapatan, malah mendatangkan bebanan hutang yang lebih bagi menanggung operasi perniagaan.

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, hutang Felcra dan anak-anak syarikatnya berjumlah RM1.532 bilion sudah distrukturkan serta dijadualkan semula untuk tempoh 35 tahun oleh kerajaan melalui kelulusan Jemaah Menteri pada 11 Ogos 2021.

Menurut beliau, melalui prosiding dijalankan mendapati faktor penyumbang terbesar bagi situasi keberhutangan itu adalah kerugian pengoperasian anak-anak syarikat Felcra.

Katanya, ia dapat dilihat melalui hutang syarikat-syarikat usaha sama estet berjumlah RM309.8 juta dan Felcra Properties kepada Felcra Berhad yang berjumlah RM842.7 juta.

“Kerajaan memberikan pinjaman berjumlah RM544 juta kepada Felcra untuk pembangunan sebuah projek komersil di Jalan Semarak, Kuala Lumpur dikenali sebagai Semarak20. Berikutan itu, PAC menjalankan prosiding dengan teliti terhadap penyaluran pinjaman kerajaan kepada syarikat berkenaan.

“(PAC) berpandangan syarikat berkaitan kerajaan itu tidak mempunyai kepakaran dalam pembangunan komersil sebesar projek Semarak20,” katanya semasa sidang media di Pusat Media di Parlimen Malaysia, lapor Utusan pada Rabu.

Mas Ermieyati berkata, Felcra perlu melihat kembali struktur dan operasi kumpulan syarikat mereka berdasarkan matlamat asal penubuhan syarikat serta obligasi sosialnya demi menjaga kepentingan peserta dan pembangunan masyarakat luar bandar.

Selain itu, katanya, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Felcra juga perlu lebih bertanggungjawab serta tegas dalam mengawal selia anak-anak syarikatnya supaya menjana keuntungan dan mencapai matlamat penubnuhan.

“KKDW perlu memastikan Felcra dan Felcra Properties merangka strategi menyeluruh termasuk jualan dan juga peluang perniagaan bagi projek Semarak20 berjaya supaya pembayaran semula hutang kepada kerajaan dapat dilakukan serta memperkukuh kedudukan kewangan syarikat.

“KKDW dan Felcra perlu melaporkan perkembangan terkini status pembayaran hutang kepada kerajaan dan pelaksanaan strategi ke atas projek Semarak20 kepada PAC setiap tiga bulan sebagai satu mekanisme pemantauan,” jelasnya.

Tambahnya, PAC memberikan tempoh dua bulan kepada Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD), Kementerian Kewangan (MOF), KKDW dan Felcra sebelum dipanggil semula untuk Prosiding Tindakan Susulan.

“(Ini) bagi membolehkan Jawatankuasa mengetahui tindakan yang sudah diambil oleh MOF dan Felcra terhadap lima syor PAC yang dikemukakan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat