Dimash Qudaibergen, penyanyi Kazakhstan yang terkenal dengan suara vokal yang tinggi dan pernah menjadi naib juara pada pertandingan “Singer 2017” di china, dari situlah Dimash bermula mencipta nama di seluruh dunia. Konsert Dimash di stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada Sabtu lepas adalah satu-satunya konsert Dimash di Asia, dan telah berjaya membuat seramai 6000 peminat terpukau dengan persembahanya pada malam itu.
Pembukaan Persembahan dimulakan oleh tiga penyanyi Malaysia yang telah memenangi Pertandingan nyanyian pembuka konsert Dimash Qudaibergen di Malaysia yang dianjurkan oleh ACO MEDIA dan Kwan’s International pada 17 jun lalu.
Sebagai seorang yang boleh berbilang bahasa, Dimash bukan sahaja mengucapkan terima kasih kepada peminatnya dalam bahasa Kazakhstan dan Inggeris, malah dia turut melahirkan rasa terima kasih dalam bahasa Malaysia. Beliau memulakan dengan mengucapkan terima kasih kepada semua penonton dan sahabat yang berada di arexa Axiata dan memulakan dengan persembahan yang cukup mengkagumkan.
Dimash juga berinteraksi dengan peminatnya sepanjang konsert dan memberi lambaian ciuman kepada seluruh penonton. Bila Peminatnya menjerit “saya sayang kamu”, dia membalas dengan “Saya sayang kamu juga” yang membuatkan lebih banyak sorakan dan membuatkan seluruh stadium bergema dengan sorakan penonton.
Penonton juga turut bernyanyi bersama ketika dia menyanyikan lagu”Hari Yang Tidak Dapat Dilupakan”. Dimash amat terharu kerana tidak menyangka peminat akan mengingati lirik tersebut, lalu dia mengarahkan penonton menyanyikan satu bahagian lagu itu semula bersama.
Pada pertengahan konsert, tetamu khas, Dato Seri Siti Nurhaliza membuat kemunculan dengan 2 buah lagu. Dimash menyifatkan Dato Siti itu sebagai “salah seorang yang mempunyai suara paling indah di dunia” dan “penyanyi hebat” yang disayangi oleh peminatnya. Katanya, Dia adalah berbesar hati dapat menjemput Siti Nurhaliza menjadi tetamu istimewanya.
Siti Nurhaliza berkata jika dia tidak dijemput sebagai tetamu khas konsert itu, dia pasti membeli tiket untuk menjadi salah seorang penonton pada malam itu. Dia kemudiannya mempersembahkan lagu-lagu popularnya “Bukan Cinta Biasa” dan “Nirmala”.
Bagaimanapun, Dimash dan Siti Nurhaliza tidak dapat menyanyikan lagu duet kerana tidak mempunyai masa yang cukup untuk sebarang sesi latihan, berikutan kematian datuk Dimash baru-baru ini.
Dimash juga turut menerapkan budaya Kazakhstan ke dalam konsert tersebut. Selain memakai pakaian tradisional Kazakhstan dan bermain alat muzik tradisional Kazakhstan sendiri, Dimash juga menjemput ramai pemuzik untuk mempersembahkan lagu rakyat Kazakhstan “Daididau” di atas pentas. Muzik dan suaranya bergabung dengan sempurna, membuatkan penonton mengigatkan pada muzik kampung halaman.
Sebelum mengakhiri konsert, Dimash melompat dari pentas untuk bersalaman dan berinteraksi dengan peminatnya dan persembahan suara yang tinggi, membuatkan peminatnya teruja. Selepas itu, dia memperkenalkan pasukannya kepada penonton, dan mengakhiri konsert dengan “Biarlah”.
konsert selama 3 jam itu telah dibawakan oleh media ACO dan Kwan’s International, anjuran bersama Metalive World dan AMM, dan ditaja oleh Harman Kardon dan VSing.