Akaun WhatsApp Menteri Dalam Negeri Digodam, Orang Ramai Diingatkan Berwaspada

- Advertisement -

PUTRAJAYA, – Pejabat Menteri Dalam Negeri mengesahkan bahawa akaun WhatsApp rasmi milik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab hari ini.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, pihak kementerian memaklumkan bahawa insiden serius ini telah dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Pihak kami ingin mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan panggilan atau mesej yang mendakwa diri sebagai YB Datuk Seri Saifuddin Nasution, khususnya yang melibatkan urusan kewangan atau permintaan untuk bertemu,” menurut kenyataan itu.

Kementerian turut melahirkan kekesalan terhadap tindakan tidak bertanggungjawab tersebut, dan menegaskan bahawa orang ramai perlu sentiasa berwaspada terhadap sebarang bentuk penipuan digital.

“Orang ramai dinasihatkan agar lebih peka terhadap sindiket penipuan melalui pelbagai aplikasi media sosial serta segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa,” tambah kenyataan itu.

Pejabat Menteri Dalam Negeri turut menyeru masyarakat agar tidak mudah terpedaya dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak menjadi mangsa penipuan siber yang semakin berleluasa.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat