Warga Emas Rugi Lebih Setengah Juta Ringgit, Kempunan Dapat Gelaran ‘Datuk Seri’

- Advertisement -

KUANTAN – Akibat terlalu inginkan gelaran ‘Datuk Seri’, seorang kontraktor menjadi mangsa sindiket penipuan hingga mengakibatkan kerugian RM571,000.

Mangsa berusia 63 tahun itu mendakwa ditawarkan gelaran itu oleh suspek yang menyamar sebagai Datuk Pengelola Bijaya Istana Pahang sejak Februari lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, mangsa diminta membuat sumbangan bagi pelbagai program anjuran ‘Istana Pahang’ untuk mendapat gelaran itu.

“Mangsa mendakwa menerima panggilan daripada suspek menawarkan anugerah kebesaran Pahang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ pada Februari lalu.

“Suspek turut memberitahu mangsa bahawa dia mempunyai enam kuota untuk diberikan gelaran ‘Datuk Seri’ dan mencadangkan mangsa mempelawa rakan mangsa yang lain untuk mendapat gelaran sama.

“Suspek kemudian meminta mangsa membuat sumbangan untuk beberapa program anjuran ‘istana’ bagi melayakkan mangsa menerima gelaran terbabit,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.

Yahaya berkata, setakat laporan dibuat mangsa, dia mendakwa sudah melakukan 32 transaksi dengan jumlah keseluruhan RM571,000 ke akaun diberikan suspek.

Katanya, jumlah wang digunakan mangsa bagi tujuan mendapat gelaran itu adalah hasil simpanan mangsa sendiri dan sumbangan daripada rakannya.

“Mangsa hanya menyedari sudah menjadi mangsa penipuan selepas merasa curiga dengan permintaan dibuat suspek untuk terus memberi sumbangan kepada pihak ‘istana’.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Yahaya menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan meragukan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi berkaitan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat