PN Buktikan Ketahanan, Menentang Gabungan Besar. 

- Advertisement -

TAPAH,- Perikatan Nasional (PN) menganggap keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sebagai satu kejayaan besar apabila berjaya menghalang Barisan Nasional (BN) daripada meraih kemenangan seperti yang disasarkan.

Memetik laporan Sinar Harian, Pengarah Pilihan Raya Pas Perak, Mohd Fakhrudin Abd Aziz berkata, PN berjaya mengekalkan kekuatan undi meskipun berdepan jentera kerajaan negeri dan Persekutuan.

“BN menyasarkan majoriti 18,000 undi, namun mereka hanya mampu memperoleh sekitar 5,000 undi sahaja. Ini menunjukkan kekuatan PN kekal utuh walaupun menentang gabungan besar,” katanya.

Sementara itu, calon PN, Abd Muhaimin Malek turut menegaskan bahawa pihaknya berjaya mempertahankan asas sokongan walaupun banyak faktor seperti peratusan keluar mengundi yang rendah dan kegagalan ramai pengundi muda pulang mengundi.

Menurutnya lagi, ramai pengundi muda tidak dapat pulang kerana kekangan cuti selepas musim perayaan serta faktor kewangan.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat