Isu Skandal Seks Exco Melaka Fitnah – Ab Rauf

- Advertisement -

MELAKA: “Isu skandal seks Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Melaka itu fitnah”, tegas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Menurut Rauf lagi, beliau menganggap kontroversi seorang Exco yang didakwa terbabit dalam skandal seks dengan seorang wanita boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

“Dunia siber dan serba moden ini, pelbagai bentuk fitnah mudah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial.

“Saya anggap itu sebagai fitnah walaupun saya tak nak menafikan benda itu betul atau tidak.

“Sebab pengalaman ini, ramai sudah dapat tahu dan rasanya sama sahaja. Jadi saya pun tahu dan lihat ini adalah permainan musuh-musuh politik,” katanya pada sidang media selepas membuat lawatan ke lokasi kematian ribuan ikan di Sungai Melaka, di sini. pada Selasa.

Ujarnya lagi, beliau tahu asal usul kontroversi berkenaan selepas melihat dan meneliti perkara yang ditularkan itu, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

Beliau turut menyerahkan kepada anggota Exco terbabit sama ada mahu membuat laporan polis atau tindakan yang difikirkan wajar.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat