Lawatan profesional KV Selangor/WPKL ke PUO pacu kecemerlangan graduan

Oleh Zihan Zari

IPOH – Agenda pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara terus memacu momentum melalui satu kolaborasi strategik melibatkan kepimpinan tertinggi Kolej Vokasional (KV) dari Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) bersama Politeknik Ungku Omar (PUO), dekat sini baru-baru ini.

PUO dalam kenyataan berkata, lawatan profesional yang disertai seramai 42 orang delegasi berimpak tinggi itu, terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah, dan Ketua Unit Kualiti yang dilihat sebagai langkah kritikal dalam menyelaraskan standard kecemerlangan graduan teknikal di antara peringkat menengah dan pengajian tinggi.

“Para delegasi diketuai oleh Pengerusi Majlis Pengarah KV/SM Teknik Zon Selangor/WPKL, Ahmad Abd Razak telah dirai oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA) Norman Zamri, bersama ketua-ketua jabatan dan unit PUO.

“Fokus utama lawatan ini adalah sebagai penanda aras terhadap ekosistem pembelajaran berteknologi tinggi di PUO.

“Delegasi telah diberikan taklimat eksklusif mengenai pengurusan Centre of Technology (COT), Centre for Graduate Studies (CGS), serta Pusat Pembelajaran Digital dan Multimedia (CDLM) yang menjadi nadi kepada inovasi instruksional di PUO.

“Sinergi antara KV dan Politeknik adalah kunci utama dalam memastikan tiada ‘mis-match’ atau ketidakpadanan kemahiran apabila pelajar beralih dari peringkat KV ke institusi yang lebih tinggi,”kata kenyataan itu.

Katanya, delegasi turut dibawa meninjau fasiliti utama yang menjadi kebanggaan PUO, iaitu Jabatan Kejuruteraan Perkapalan (JKP) bagi melihat pendedahan teknologi maritim yang unik dan kompetitif, dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal bagi meninjau penggunaan jentera dan simulasi industri terkini.

“Delegasi turut dibawa ke Apple Educator di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) bagi mengamati bagaimana ekosistem digital Apple diintegrasikan dalam melahirkan graduan mahir IT yang memenuhi kriteria global, ”katanya lagi.

Ujarnya, lawatan ini secara tidak langsung memperkukuhkan kepercayaan ibu bapa dan industri bahawa aliran TVET di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kini bergerak seiring dalam satu ekosistem yang koheren.

“Kejayaan lawatan profesional ini turut didorong oleh sokongan bersepadu daripada Unit Komunikasi Korporat, Unit Khidmat Pengurusan, serta Unit Pembangunan Instruksional dan Multimedia (UIDM).

“Komitmen ini bukan sahaja bagi memastikan kelancaran agenda lawatan, malah berperanan penting dalam memelihara imej korporat PUO sebagai institusi TVET perdana yang sentiasa mampan dan progresif,”ujarnya lagi.

Tambahnya, sinergi TVET ini dijangka akan mempercepatkan proses melahirkan tenaga kerja mahir yang bukan sahaja memiliki sijil, malah mempunyai kebolehpasaran yang tinggi selaras dengan aspirasi TVET Negara.

“PUO merupakan institusi TVET pertama di Malaysia yang komited dalam menyediakan akses pendidikan teknikal berkualiti tinggi dan diiktiraf di peringkat antarabangsa, ”tambahnya lagi. -SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat