Isham sangkal ‘diam’ kerana dipaksa sokong Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno Isham Jalil menyanggah dakwaan kononnya terpaksa senyap kerana diarah untuk menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Banyak betul orang fitnah saya, bulan-bulan puasa pun nak buat dosa. Bulan puasa ini patut fokus kepada ibadat, bukan buat fitnah.

“Nanti kalau saya mula buat bising kamu pula yang tak senang duduk nanti.

“Siapa yang buat poster ini dan sebar dalam X sila tunjuk nama sebenar anda, senang peguam saya hantar surat. Sekarang ini sudah ada dua orang dalam list, saya pun nak rasa duit saman orang. Salam dan selamat berpuasa,” catat Isham di Facebooknya.

Isham berkata demikian sebagai respons kepada poster yang memaparkan fotonya dengan tulisan “Isham Jalil mula senyap kerana di arah untuk menyokong PMX..jawablah Isham”.

Komen di ruang hantaran tersebut majoritinya menggesa Isham untuk mengemukakan saman kepada pemfitnah terbabit.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat