Protes aman tuntut Undi 18 depan Parlimen, Sabtu ini – Pemuda PH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Satu protes aman akan digerakkan pada hari Sabtu, 27 Mac 2021 ini di depan Parlimen anjuran Pemuda Pakatan Harapan (PH).

Ketua Pemuda PH, Shazni Munir Ithnin berkata bermula jam 2 petang, himpunan dengan kepatuhan SOP yang ketat ini diharapkan mampu menjadi satu suara kukuh seluruh perkumpulan anak muda untuk berjuang menuntut hak yang cuba digagalkan petualang dan Perikatan Nasional (PN).

“Alasan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang menangguhkan pelaksanaan #Undi18 amat kita fahami sebagai ‘echo’ sahaja kepada penolakan yang telah disebut oleh Yang Dipertua Dewan Negara dan Menteri Undang-undang sebelum ini.

“Tidak lain sekadar susunan justifikasi tidak logik bagi menafikan hak jutaan anak muda seawal umur 18 tahun untuk mengundi dalam PRU-15,” katanya.

Beliau yang juga Pemuda Amanah menegaskan mengambil tanggungjawab bahawa penafian hak ini perlu dilawan oleh seluruh kumpulan anak muda – dalam dan luar lingkaran politik. –SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat