PAU 2020 mesti bahas jalan UMNO kembali memerintah bukan cerca orang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 mesti menjadi medan perwakilan membahaskan jalan ke hadapan untuk UMNO kembali memerintah bukan ruang untuk menggugat perpaduan parti atau mencerca sesiapa jua.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, teguran, kritikan dan apa jua saranan, haruslah dalam semangat membangunkan keunggulan UMNO dan bukan melebarkan lagi kepuak-puakkan dan melemahkan kesatuan.

“Oleh itu sangat lah penting kepada semua perwakilan menyedari ini. Bahawa usul, pembicaraan serta kupasan idea mereka, akan menjadi intipati penting dalam menyelesaikan segala kekusutan dalam masyarakat dan negara.

“Maka bahaslah dengan rasional dan matang. Kemukakan kecerdasan baru dan suarakan segala permasalahan rakyat dengan sebaiknya,” katanya di Facebook, hari ini.

Bekas Menteri Besar Johor itu memberitahu lagi, setelah menjadi sebahagian daripada kerajaan, UMNO mesti menggunakan peluang ini untuk membahaskan pelbagai isu yang mendepani rakyat.

Selain itu katanya, mengetengahkan dasar yang pincang dan memperincikan dasar lebih baik mesti diutamakan.

“Ini kerana UMNO wajar memainkan peranannya sebagai ‘the Malay braintrust’. Ia mesti tampil dan mengemukakan solusi nasional terhadap pelbagai kemaslahatan Malaysia.

“UMNO wajar membicarakan pelbagai isu berkepentingan nasional kerana ia adalah peranan hakiki UMNO dalam politik bangsa. Iaitu mengemukakan idea termaju untuk memperbaiki kedudukan bangsa dan negara,” ujar beliau.

Khaled menggesa, UMNO mesti berada dalam kedudukan ‘utuh’ untuk menghadapi PRU-15 dan memerintah semula.

“Kerencaman berparti tidak boleh mengatasi ‘UMNO’s higher purpose’ iaitu menjadi pengemudi kepada kemajuan Malaysia.

“Apa jua yang diputuskan oleh perwakilan nanti, mestilah dihormati. Tiada individu, suara dan pengaruh lebih besar dan gah dari muafakat dan konsensus akar umbi UMNO. Disiplin dan tata kelola parti mesti diamalkan dan tersemat di hati.

Usia UMNO tahun ini ialah 75 tahun. Ia lebih tua dari Malaysia sebagai sebuah negara. UMNO mesti dewasa sesuai usianya. Pembawaannya mesti dewasa, pendiriannya mesti berhikmah dan kewibawaannya mesti sematang usianya insyaallah,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat