JORDAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengadakan lawatan kerja ke Jordan dan Maghribi bermula 25 Februari hingga 03 Mac 2024.
Wan Rosdy dan delegasi kerajaan negeri Pahang mengadakan pertemuan ramah mesra bersama-sama 200 anak-anak Pahang yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti-universiti di negara tersebut.
Dalam pertemuan itu, Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Pahang telah menyalurkan sumbangan RM5,000 kepada Badan Kebajikan Mahasiswa Pahang Jordan serta sumbangan USD100 kepada setiap pelajar.
Turut sama dalam lawatan itu EXCO Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Dan Pendidikan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi bin Tan Sri Abd. Razak.
“Saya mengetuai delegasi Kerajaan Negeri Pahang mengadakan lawatan kerja ke negara Jordan dan Maghribi yang bermula 25 Februari hingga 3 Mac 2024.
“Dalam lawatan kerja ke Jordan, saya mengadakan pertemuan dan ramah mesra bersama-sama 200 anak-anak Pahang yang sedang melanjutkan pengajian di universiti-universiti di negara tersebut.
“Alhamdulillah, mereka kelihatan sihat, ceria dan bersemangat serta sudah boleh menyesuaikan diri di negara timur tengah itu.
“Dalam pertemuan itu, Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Pahang telah menyalurkan sumbangan RM5,000 kepada Badan Kebajikan Mahasiswa Pahang Jordan serta sumbangan USD100 kepada setiap pelajar,” katanya menerusi catatan Facebook.
Dalam pada itu, beliau berharap anak-anak Pahang di Jordan dapat menjaga diri masing-masing serta belajarlah bersungguh-sungguh sehingga berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang. Insya-Allah.-SUARATV