Jika Umno rasa berbaloi bersama PH, teruskanlah – PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS hari ini mempersoalkan keikhlasan Umno bersama Pakatan Harapan (PH) di bawah payung Kerajaan Perpaduan.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menempelak Umno dan PH untuk saling mempergunakan antara satu sama lain buat masa sekarang sebelum ditolak oleh rakyat secara total pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Buat masa sekarang pergunakanlah antara satu sama lain sebelum ditolak oleh rakyat secara total pada pilihan raya yang akan datang Insya-Allah.

“PAS tidak akan jemu-jemu membuka pintu untuk perpaduan ummah, jika Presiden Umno (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) merasakan berbaloi untuk terus berada bersama dengan PH, teruskanlah,” katanya di Facebook pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi balas kepada kenyataan Presiden Umno bahawa PAS tidak ikhlas di dalam membuat tawaran untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN).

“Suka untuk saya nyatakan bahawa apa yang di sebut oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin itu bukanlah satu tawaran yang baru, ia merupakan hasrat yang tak pernah padam dari pihak PAS bahawa perlunya penyatuan ummah dihidupkan dan dipertahankan.

“Sama ada ia di bawah nama MN atau apa jua nama merupakan perkara yang kedua.

“Jika ingin bercakap soal keikhlasan, ikhlaskah Presiden Umno apabila pada saat Umno sedang berada di dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) pun sudah ada rundingan secara gelap dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang pada masa itu untuk menobatkannya menjadi Perdana Menteri? soalnya.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu malah mendakwa, ramai yang masih ingat helaian kertas A4 yang tidak sempat bertandatangan mengandungi perakuan ini yang tidak pernah dinafikan oleh Presiden Umno.

“Jika ingin bercakap soal keikhlasan, ikhlaskah Presiden Umno apabila berdegar-degar menyebut di dalam Perhimpunan Agung tidak akan sama sekali menyokong Anwar Ibrahim dan juga DAP tetapi akhirnya memungkirinya selepas pilihan raya walaupun ada pilihan lain yang boleh diambil.

“Hakikatnya pada hari ini kedua-dua PH dan BN memerlukan antara satu sama lain. Tanpa BN, PH tidak boleh menjadi kerajaan, dan tanpa PH, Presiden Umno akan merasakan dirinya tidak selamat. Apa lagi apabila status DNAA itu yang di anugerahkan itu bila-bila masa sahaja boleh dibuka dan didakwa semula jika ada bukti yang baru,” bidas Fadhli.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat