Genting Rugi Lebih RM1 Bilion

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Genting Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM24.9 juta bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2020, namun merekodkan kerugian bersih kira-kira RM1 bilion bagi tahun kewangan 2020.

Pendapatan diraihnya sepanjang tahun lalu merosot separuh kepada RM11.56 bilion berbanding RM21.6 bilion yang dicatatkan setahun sebelumnya.

Kumpulan mengisytiharkan dividen peringkat satu khas 8.5 sen sesaham bagi tahun kewangan 2020.

Jumlah dividen, termasuk dividen interim 6.5 sen sesaham bagi tahun kewangan 2020 adalah berjumlah 15 sen sesaham.

Genting dalam satu kenyataan berkata, tinjauan bagi industri pelancongan, percutian dan hospitaliti adalah kekal amat tidak menentu.

“Walaupun pasaran perjudian serantau terus mencatatkan sedikit pemulihan, cabaran besar akan kekal dalam tahun akan datang berikutan impak negatif pandemik COVID-19 terhadap sektor ini,” katanya.

Kumpulan baru-baru ini membuka semula perniagaannya di

Resort World Genting, Resort World Langkawi and Resorts World Kijal susulan penutupan sementara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 22 Januari lalu.

Ia menyasarkan untuk membuka taman tema Genting SkyWorlds menjelang pertengahan tahun ini.

Taman tema itu dikatakan kunci pertumbuhan bagi operasi Genting di Malaysia.

Bagaimanapun, perkembangan positif dicatatkan oleh perniagaan perladangan kumpulan.

“Genting Plantations Bhd akan menjejaki prestasi segmen perladangan, yang secara dasarnya bergantung kepada pergerakan harga produk sawit dan pengeluaran buah tandan segar kumpulan,” katanya.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat