Menteri, MB dan wakil rakyat lantikan politik juga tak berpencen – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan skim tidak berpencen bagi penjawat awam baharu juga terpakai bagi pelantikan politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara dasarnya bersetuju dengan keputusan itu berkata, ia termasuk ahli politik yang dilantik sebagai menteri, menteri besar dan wakil rakyat.

Beliau menegaskan, ia tiada masalah untuk dilaksanakan bagi disesuaikan dengan pelantikan ahli politik.

“Apa saja keputusan yang ditetapkan bagi penjawat awam terpakai juga bagi ahli politik. Maknanya, kalau kita mula pada 1 Februari 2024 dan semua kemasukan baharu itu tidak berpencen, maka itu juga sama untuk semua lantikan baharu ahli politik.

“Jadi ada orang kata mengapa tidak (termaktub sama ahli politik). Soal lain ada yang pernah jadi menteri besar, jadi menteri dan kemudian jadi timbalan perdana menteri, itu menunjukkan Perlembagaan kita boleh kaji tetapi tak boleh dibawa ke belakang secara retrospektif.

“Untuk yang baharu kita boleh kaji. Saya ingat kita tidak ada masalah kita nak tukar penyesuaian ini.

“Secara prinsipnya, saya bersetuju supaya apa sahaja keputusan yang dibuat untuk perkhidmatan awam terpakai bagi pelantikan politik tetapi dimuktamadkan setelah kajian dibawa dan Jemaah Menteri putuskan,” katanya, lapor BH.

Sebelum ini, wujud gesaan berkaitan pemansuhan pencen ahli politik susulan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bahawa Kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu kerajaan berstatus tetap selepas ini tidak berpencen.

Zahid dilaporkan berkata, pengumuman mengenai tempoh dan tarikh pelaksanaan akan dibuat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

Pengumuman itu mencetuskan polemik apabila tidak dipersetujui kebanyakan rakyat dan pelbagai lapisan pemimpin politik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat