Daim akan dituduh minggu depan – Azam Baki

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Tun Daim Zainuddin akan dituduh mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu hadapan.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki tindakan itu dilakukan SPRM sebaik pihak peguam kepada Daim memaklumkan bekas menteri kewangan itu telah keluar hospital hari ini (semalam).

“Pada peringkat ini, pegawai penyiasat dalam perbincangan bagi pertuduhan di mahkamah dikenakan terhadap beliau,” katanya secara ringkas lapor Utusan.

Terdahulu, Daim sepatutnya dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mengikut Akta SPRM kerana suruhanjaya itu sudah mendapat kebenaran berbuat demikian.

Bagaimanapun, pertuduhan ke atas Daim dijadual semula selepas beliau dimasukkan ke hospital.

Semalam Azam berkata, Jabatan Peguam Negara sudah memberi kebenaran untuk SPRM mendakwa bekas menteri kanan terbabit sejak minggu lalu.

Baru-baru ini, isteri Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid didakwa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan 12 harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Na’imah, 67, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik sahaja jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Hakim Azura Alwi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat