40 bintang antarabangsa, tempatan hangatkan Festival Supalapa

- Advertisement -

GENTING HIGHLANDS — Lebih daripada40 bintang antarabangsa bersama karyawan tempatan dengan pelbagai genre muzik dihimpunkan sepanjang tempoh penganjuran sulung Festival Supalapa.

Festival Supalapa yang dijadualkan berlangsung selama dua hari pada 2 dan 3 Mac 2024 diResorts World Awana, Genting Highlands.

Pengerusi Maestro Production And Prodigy 1 Nation, Parthiban Murugaiya berkata, FestivalSupalapa ini akan menjadi tanda aras pesta hiburan di Malaysia yang bakal dinantikan setiap tahun.

“Kami berharap penganjuran pertama Festival Supalapa akan menjadi acara yang tahunan yang ditunggu-tunggu kerana pengunjung telah menemukan semua jenis hiburan bukan sekadar muzik di dalam satu festival.

“Apa yang penting juga adalah Festival Supalapa mampu membantu melonjakkan nama  Malaysia dalam kalangan pelancong dari luar negara kerana di sini mereka akan menemukan sebuah hub hiburan setaraf penganjuran antarabangsa.

“Dan tentu sahaja melalui Festival Supalapa dengan menghimpunkan lebih 40 bintang atau karyawan seni, penganjuran acara ini menjadi platform terbaik buat pemuzik tempatan berkongsi pentas sekaligus mendapat pengalaman menerusi kemunculan bintang antarabangsa.

“Kami juga mahu Supalapa menjadi sebuah jenama global untuk festival muzik bagi dunia,” ujar Parthiban.

Tiësto, The Kid Laroi, EAJ, Somi, XG, Ali Gatie, Armani White, Tones and I, Ian Asher, Keemokazi, Paul Van Dyk, Rave Republic, Notep, antara lebih 40 nama bintang ternama antarabangsa yang menanti peminat pada festival yang berlangsung selama dua hari itu.

Turut mewarnai acara tersebut, bintang tempatan seperti Yuna, Siaxse, Kidd Santhe, Talitha, Cluadia, Belle Sisoski,Jovynn, Coex, Forceparkbois & amp, DJ Ziqq Axel Groove.

Pengunjung yang hadir bakal menikmati tiga genre muzik sekaligus dari EDM, Pop dan K POP melalui persembahan masing-masing iaitu di “Live Stage”, “EDM Stage” dan “Pool Stage”!

Selain itu, pembayaran yang dibuat pertama kali melalui sistem RFID, pengunjung akan menikmati pelbagai keseronokkan termasuk pengalaman di “Wrestling Ring”, “Bali Swing”, “Carnival Games” dan “Silent Cinema.”

Prodigy 1Nation bersama rakan kongsi Maestro Productions sebelum ini telah berjaya mengadakan pelbagai konsert di seluruh dunia termasuk, Eropah, Kanada dan Asia.

Ini merupakan festival muzik pertama yang mereka adakan di Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat