Sultan Johor Berkenan Terima Sembah Laporan Semakan Undang-undang Kedaulatan Pulau Batu Puteh

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima sembah laporan pasukan petugas khas semakan undang-undang kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Laporan itu dipersembahkan kepada baginda ketika menerima menghadap Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Menurut satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Johor hari ini, pertemuan tersebut berlangsung hampir dua jam di Balai Menghadap, Istana Bukit Serene, di sini.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Johor Tan Sri Azmi Rohani.

Laporan pasukan petugas khas itu adalah susulan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Disember lepas, yang mahu isu tuntutan Pulau Batu Puteh dikaji semula supaya rundingan segera dan lebih bermakna dapat diadakan dengan Singapura. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat