Proklamasi Darurat: Beri Rakyat Kefahaman Jelas – Syed Ali

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran memberi penjelasan berhubung maksud dan kepentingan proklamasi darurat kepada rakyat secara berterusan bagi mengelak sebarang kekeliruan dan salah tanggapan.

Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee berkata, polemik mengenai kekeliruan dan kewajarannya dikhuatiri akan terus dipersoalkan jika maksud atau tujuan ordinan darurat tersebut tidak difahami oleh rakyat.

Tegasnya, ia sekali gus boleh memberi impak negatif terhadap kerajaan pentadbiran Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin.

“Oleh sebab itu, timbul persepsi dan tuduhan mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) menggunakan ordinan tersebut sebagai muslihat politik, sedangkan keputusan kerajaan itu dilaksanakan untuk kepentingan rakyat dan negara yang telah mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong.

“Hari ini semua orang akur dan bercakap mengenai proklamasi darurat, tetapi apakah rakyat di bawah faham mengenai ordinan tersebut?

“Apakah rakyat memahami sepenuhnya implikasi dan faedah ordinan tersebut ke atas kesan ekonomi, politik dan sosial di negara ini?” soalnya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya.

Sumber Facebook mindasyedali.alhabshee

Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mendakwa, ramai pihak berpandangan darurat yang dilaksanakan sejak 11 Januari lalu adalah tidak perlu.
Menerusi catatan terbaharu di blognya Chedet.cc, bekas perdana menteri itu berkata, mereka bagaimanapun berada dalam ketakutan untuk menyuarakan pendapat.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebelum ini menjelaskan, dakwaan yang mengatakan proklamasi darurat menakutkan golongan pelabur adalah tidak tepat, sebaliknya ia mampu membantu pemulihan ekonomi negara.

Beliau berkata Malaysia merupakan antara 80 negara di dunia, atau hampir setengah daripada seluruh dunia, yang mengisytiharkan darurat bagi menangani pandemik COVID-19.

Dalam pada itu jelas Syed Ali, mungkin pemimpin kerajaan dan mereka yang arif mengenai undang-undang memahami pelaksanaan proklamasi darurat dalam usaha menangani wabak COVID-19, tetapi bagi orang awam, keberangkalian untuk mereka memahami secara jelas amat sedikit – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat