Jisoo BLACKPINK suka bahunya ditepuk-tepuk

- Advertisement -

Jakarta: Anggota BLACKPINK, Jisoo mengakui saat paling manis ketika bersama anggota lain adalah sewaktu bahunya ditepuk-tepuk terutama, ketika dia bersedih.

Baginya, tepukan hangat dibahu itu adalah pemberi semangat buatnya ketika melalui waktu-waktu yang sukar.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Jisoo dalam sesi soal jawab Waktu Indonesia Belanja di salah satu platform e-commerce Indonesia pada Isnin lalu.

Semua anggota BLACKPINK diminta menjawab pertanyaan daripada peminat mengenai kenangan manis mereka dan Jisoo tampil dengan kenyataan ini.

“Saya senang kalau bahu ditepuk-tepuk oleh anggota lain kerana saya paling tua. Tepukan mereka ibarat adik,” katanya.

Jawapan ini mengundang kekaguman anggota lain. Mereka tidak menyangka perbuatan yang dianggap biasa itu sebenarnya menjadi sesuatu yang bermakna buat Jisoo.

Selain Jisoo, anggota lain iaitu Lisa, Rose dan Jenie turut berkongsi kenangan manis masing-masing kepada peminat mereka.

BLACKPINK juga tidak lupa menyapa peminat Indonesia dengan menggunakan bahasa Indonesia.

“Aku cinta kamu,” ucap Jisoo sambil membuat ‘mini love’ dengan jarinya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat