“I am only a messenger,” – KP Kesihatan

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Tanggapan bahawa hanya Ketua Pengarah Kesihatan yang membuat setiap keputusan membabitkan COVID-19 adalah tidak benar sama sekali.

Sebaliknya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia adalah keputusan bersama daripada pelbagai pakar dalam Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk di bahagian Kesihatan Awam, hospital dan klinik bawah kementerian itu.

Beliau berkata, setiap hari semua pihak terbabit akan bertemu dan membincangkan segala aspek dan isu yang berbangkit membabitkan COVID-19 sebelum sebarang keputusan dan pengumuman serta perkongsian akan dibuat dan diumumkan olehnya.

“Kadang kala orang menyerang saya saja, mengatakan saya angkuh tetapi bukan saja saja yang membuat keputusan.

“Pandangan yang saya berikan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan orang ramai adalah pandangan daripada KKM.

“I am only a messenger,” katanya pada sesi taklimat petang tadi.

Beliau berkata, ada ramai orang yang terbabit dalam membuat setiap keputusan dan beliau serta pasukannya menilai dan memahami setiap data serta fakta dikemukakan sebelum ia dipermudah dan dikongsikan bersama-sama pihak media.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat