Anwar cabar kuasa Muhyiddin nasihat Agong isytihar darurat, gantung Parlimen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memulakan tindakan mahkamah untuk mencabar kuasa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi pengisytiharan darurat dan penggantungan Parlimen.

Menurut peguam kepada Ketua Pembangkang itu, Ramkarpal Singh, semakan kehakiman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam adalah untuk mencabar nasihat Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Perlu ditekankan di sini bahawa apa yang dicabar dalam permohonan tersebut bukannya pengisytiharan darurat, tetapi keputusan perdana menteri melalui Jemaah Menteri untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk meluluskan kaedah 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat tersebut,” kata Ramkarpal dalam kenyataan.

Beliau turut berharap supaya tarikh pendengaran permohonan dapat ditetapkan secepat mungkin.

Terdahulu, bekas ahli UMNO dan Bersatu Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memfailkan saman terhadap Muhyiddin dengan mendakwa beliau tidak mempunyai keabsahan untuk menasihati Agong mengisytiharkan darurat.

Pada 12 Januar, Agong memberi perkenan darurat dilaksanakan hingga 1 Ogos atau hingga tarikh yang lebih awal jika angka kes Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat