KWP Akan Bina 10,000 Rumah Prihatin Rakyat – Annuar Musa

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan membina 10,000 unit Rumah Prihatin Rakyat bagi mempastikan lebih ramai penduduk dan kakitangan KWP dan di Labuan memiliki kediaman masing-masing.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, kediaman yang akan dibina berharga kurang dari RM200,000.

“Kediaman tersebut akan dibina berharga RM200,000,

“Sebanyak 6,000 unit akan dibina di Wilayah Persekutuan, 3,000 unit di Putrajaya dan 1,000 unit di Labuan,” jelas beliau ketika berucap pada Program Majlis Penyampaian Baucer Jom Balik Sekolah & Barangan Sudut Infaq Putrajaya, di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya, petang tadi.

Katanya lagi, pembinaan Rumah Prihatin Rakyat ini perlu kerana ramai di kalangan rakyat dan penjawat awam yang bergaji rendah masih tidak mampu memiliki rumah sendiri termasuk dari Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) sebelum ini berikutan harganya melebihi RM300,00 ke atas.

Walaupun luas keluasan unit Rumah Prihatin Rakyat ini agak kecil antara 800 hingga 900 kaki persegi berbanding PPA1M, ianya sudah memadai untuk didiamu anak muda yang belum berkahwin atau baru memulakan kehidupan berumahtangga, ujarnya.

“Lima tapak dikenal pasti iaitu bekas tapak PPA1M yang terbengkalai,

“KWP akan membentangkan cadangan ke Jemaah Menteri untuk mendapatkan kebenaran mengambil alih tapak yang terbengkalai tersebut dimana KWP akan membina 3,000 unit Rumah Prihatin Rakyat di Putrajaya dalam masa terdekat,” katanya lagi.

Ujar Annuar, pembinaan Rumah Prihatin Rakyat ini akan menggunakan kaedah pembangunan modula dan pasang siap (ABS) bagi mempastikan proses pembinaan dapat disiapkan dengan cepat dan dalam keadaan yang berkualiti tinggi.

Projek ini katanya lagi akan ditawarkan melalui tender terbuka dan beliau berharap pemaju yang berjaya memperolehinya menggunakan kaedah konvensionl dalam pembinaannya nanti.

“Projek ini berkenaan akan mula dibina pada suku kedua 2021 dan akan siap tempoh 24 hingga 36 bulan,

“Projek ini perlu dibina dengan berkualiti tinggi dan tidak mahu dibina secara sambil lewa atau cincai biarpun harganya RM200,000 seunit,” tegasnya.

Pada Majlis yang dihadiri Annuar tersebut, sebanyak 1000 baucer bernilai RM100 akan diagih-agihkan dan barangan makanan asas bernilai RM20,000 kepada 10 buah surau di dalam Putrajaya di bawah inisiatif Wilayah Cakna 3.0 dan Wilayah Persekutuan. -SuaraTV

Image may contain: 3 people, people standing

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat