‘Saya okay, cuma hilang deria bau’ – Alif Satar

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Alhamdulillah, selepas lima hari empat malam di sini, saya okay dan stabil. Tekanan darah, buah pinggang dan lain-lain termasuk selera makan semuanya okay.”

Itu kata penyanyi Alif Satar yang kini ditahan di Hospital Melaka selepas disahkan positif Covid-19, Ahad lalu.

Alif ketika dihubungi berkata, sejak tiga hari lalu dia mengalami gejala iaitu hilang deria bau.

“Sudah dua ke tiga hari saya hilang deria bau. Difahamkan ini antara gejala wabak ini. Saya pakai sabun mandi dan deodaran pun tak boleh hidu bau. Namun, yang lain semuanya okay.

“Alhamdulillah, saya ditempatkan sebilik dengan pembantu peribadi. Disebabkan di sini tidak ramai pesakit Covid-19, jadi banyak katil kosong. Kami dijaga baik oleh kakitangan dan jururawat di sini,” katanya.

Berkongsi pengalaman sebagai pesakit Covid-19, Alif berkata, ia perkara yang tidak dijangka kerana dia tidak bergejala dan mengalami demam.

“Ke mana-mana saja saya ikut prosedur operasi standard (SOP). Sewaktu nak menjalani penggambaran di Melaka saya pergi buat ujian saringan dan keputusannya negatif. Jadi, saya sambung kerja macam biasa.

“Jadi, dalam keadaan sekarang macam mana kita buat dan patuh SOP pun, kita tak tahu apa saja boleh terjadi. Apatah lagi ‘watak’  Covid-19 ini lain. Macam saya, suhu badan okay, tidak bergejala dan tidak demam. Jadi memang tak tahu,”  katanya.

Ditanya mengenai komen warganet yang menghentam dirinya, Alif mengambil pendekatan untuk tidak ambil pusing.

“Kalau ada atau masih menghentam tidak apa sebab mereka tak tahu situasi. Saya tidak marah pun. Nak kata, kata lah.

“Ada juga cakap kenapa saya tidak duduk rumah selepas kali pertama buat ujian saringan. Sebenarnya, saya tidak ada kontak dengan sesiapa, jadi tidak perlu kuarantin. Ini arahan diberikan oleh petugas kesihatan. Pendek kata, saya tidak kisah sebab yang bercakap ini mereka tak tahu. Mereka juga tidak rasa dan berada dalam situasi saya,” katanya.

Mengenai aktiviti sepanjang dirawat di hospital, Alif berkongsi melakukan aktiviti kebiasaan dibuat di rumah.

“Aktiviti di sini saya buat macam-macam. Saya cuba buat aktiviti seperti di rumah. Contoh, pada waktu pagi saya jogging keliling bilik. Pada sebelah malam, saya bangun untuk solat tengah malam,” katanya.

Dalam masa sama, Alif berkongsi kedua ibu bapanya sudah bebas Covid-19 dan dibenarkan keluar dari Hospital Sungai Buloh, hari ini.

Bagaimanapun, adik bongsu dan datuknya masih lagi dirawat di hospital sama.

Mengenai aktiviti seni, Alif berkata, dia terpaksa membatalkan beberapa program yang sudah diatur.

“Saya terpaksa tolak dua program bersama RTM. Penggambaran drama Penjara Janji pula ditangguhkan. Saya juga akan terbabit dengan penggambaran filem pada 9 Disember ini. Harapnya saya sempat nak buat,” katanya.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat