COVID-19: Jeffrey Kitingan Akui Diberi Pelepasan Daripada Pengawasan, Pemerhatian

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah diberi pelepasan daripada menjalani pengawasan dan pemerhatian oleh Kementerian Kesihatan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Jeffrey yang juga ahli Parlimen Keningau berkata surat pelepasan bertarikh 23 Nov, ditandatangani pegawai kesihatan dari Jabatan Kesihatan Lembah Pantai.

“Mana-mana individu yang dikuarantin boleh meminta pelepasan lebih awal, bergantung kepada persetujuan daripada Kementerian Kesihatan dan setelah menjalani pemeriksaan kesihatan diperlukan.

“Oleh itu, tidak timbul masalah ketidakpatuhan dan isu berat sebelah kerana pelepasan awal itu tidak bersifat politik,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, ahli parlimen pembangkang mempersoalkan kehadiran Jeffrey di dalam dewan selepas beliau didakwa belum menghabiskan tempoh kuarantin wajib 14 hari sejak tiba dari Sabah.

Menurut surat pelepasan itu, Jeffrey dikehendaki menjalani pengawasan dan pemerhatian di rumah bermula 12 hingga 25 Nov, namun dilepaskan daripada perintah kuarantin itu dua hari sebelum tarikh tamat tempoh selepas didapati keadaan kesihatannya memuaskan.

Jeffrey berkata keputusan dibuat oleh Kementerian Kesihatan yang telah menjalankan beberapa ujian calitan dan ujian darah sejak beliau tiba di Kuala Lumpur pada 12 Nov lepas.

Beliau juga menafikan dakwaan yang dirinya masih berada di Sabah pada 13 Nov dan tuduhan itu disifatkannya sebagai berniat jahat dan fitnah bertujuan merosakkan reputasi dan karakternya.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat