Anwar terima baik permohonan maaf Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima baik permohonan maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terkait salah laku dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Terima baik, terima baik,” kata Anwar ringkas.

Reaksi Perdana Menteri itu susulan ditanya mengenai permohonan maaf Najib itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui mediaselepas menunaikan solat Jumaat di Surau Ar-Rahman, Presint 16 di Putrajaya pada Jumaat.

Semalam, Najib membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kejadian salah laku dalam syarikat 1MDB.

Dalam kenyataan yang dibacakan anaknya, Datuk Nizar Najib, Najib kekal menyatakan beliau tidak bersalah dan meletakkan kesalahan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low dan eksekutif PetroSaudi.

Permohonan maaf Najib itu datang beberapa hari sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan sama ada beliau perlu membela diri dalam kes rasuah 1MDB yang bermula lima tahun lalu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat