Bantuan RM500 buat individu hilang pendapatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hampir 870 ribu individu membabitkan kumpulan sasar yang hilang pendapatan bakal menerima RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan membantu rakyat yang terkesan, Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 akan diberikan secara one-off mulai Selasa, 26 Oktober 2021.

“Bantuan ini akan memberi manfaat kepada hampir 870 ribu individu yang telah hilang pendapatan pada tahun 2021.

“Kesemua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” kata Perdana Menteri.

Jelas beliau, BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau PERKESO dalam tahun 2021.

“Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai 26 Oktober 2021 melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my.

“Untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan,” katanya.

Ismail Sabri berharap bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat