Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah AS$115.6 Bilon

- Advertisement -

PETALING JAYA – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$115.6 bilion (RM479.51 bilion) pada 15 Oktober 2021.

Bank pusat itu berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan 1.3 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

“Komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$101.9 bilion/RM422.68 bilion)), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion/RM5.81 bilion)), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$6.1 bilion/RM25.30 bilion), emas (AS$2.2 bilion/RM9.13 bilion) dan aset rizab lain (AS$4.0 bilion/RM16.59 bilion).

Aset-aset itu terdiri daripada emas dan pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM484.16 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM12.36 bilion).

“Selain itu, deposit dengan institusi kewangan (RM760.74 million), pinjaman dan pendahuluan (RM22.72 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta aset-aset lain (RM16.07 bilion),” katanya dalam kenyataan.

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar yang berjumlah sehingga RM100 juta, rizab (RM183.68 bilion), mata wang dalam edaran (RM146.70 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM153.46 billion), deposit kerajaan persekutuan (RM9.33 bilion), lain-lain deposit (RM5.53 bilion), kertas Bank Negara (RM7.12 bilion), peruntukan SDR (RM28.47 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM5.86 bilion). – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,580FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat