Agong, Raja-Raja Melayu Akan Buat Keputusan Terbaik Untuk Rakyat – Mahdzir

Telur Nyaris Ditanduk, Nasib Baik Kerajaan Akur Tuntutan Rakyat

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021 peringkat dasar yang diluluskan semalam berada dalam situasi telur nyaris ditanduk,” kata Datuk...

16 Januari 2021 PRK Gerik, Bugaya

KUALA LUMPUR - Hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, akan diadakan...

BN Bukan Pak Turut PN

KUALA LUMPUR - Jelas peranan Barisan Nasional (BN) dalam Perikatan Nasional (PN) bukanlah menjadi ‘pak turut’ kepada kerajaan tetapi sebagai pejuang utama kepada...

YBR Serah Bantuan Kesihatan Untuk Nur A’afiyah Humaitah (Video)

KUALA LUMPUR - Prihatin dengan nasib yang menimpa adik Nur A'afiyah Muhammad Hassan, Yayasan Bank Rakyat (YBR) tampil menghulurkan bantuan berupa bekalan barangan perubatan...

Penceramah Ditahan Bantu Siasatan Noda Kenalan Instagram

SHAH ALAM – Seorang penceramah bebas ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes merogol seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7 di sini pada...

KUALA NERANG: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja Melayu akan membuat keputusan terbaik berhubung situasi semasa negara demi kepentingan seluruh rakyat.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sehubungan itu semua pihak dinasihatkan supaya menyerahkan kepada kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah serta Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja untuk berunding dan mengendalikan isu yang timbul.

“Sebagai pemimpin politik dan rakyat, saya sedar Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mempunyai kebijaksanaan dan berkemampuan membuat satu keputusan yang akhirnya boleh diterima oleh rakyat secara keseluruhannya,” katanya kepada pemberita selepas Program Penyerahan Rumah ‘Baiti Jannati’ TNB di Kampung Semeliang dekat sini, pada Sabtu.

Istana Negara dalam kenyataan pada Sabtu menyebut Al-Sultan Abdullah akan berunding dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara bagi membincangkan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri di Putrajaya pada Jumaat.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dilaporkan berkata Al-Sultan Abdullah amat memahami keperluan kelangsungan pentadbiran negara untuk memerangi ancaman wabak COVID-19.
Sementara itu, Mahdzir yang juga Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata TNB sentiasa terbuka untuk mengadakan rundingan dengan pelanggan komersial yang berhadapan dengan masalah untuk menyelesaikan tunggakan bil premis mereka.

Beliau berkata pertimbangan boleh diberikan kepada pengguna, terutamanya bagi perniagaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Ada yang datang ke TNB untuk membuat bayaran secara ansuran, kita benarkan sebab kita sedar dalam kalangan mereka juga menghadapi masalah perniagaan, jadi kita ambil tanggungjawab untuk membantu,” katanya.

Terdahulu, Mahdzir menyerahkan kunci rumah baharu bernilai RM50,000 kepada keluarga Hassan Ismail yang merupakan golongan kurang kemampuan menerusi inisiatif di bawah program khidmat masyarakat TNB.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dakwaan PAS Tolak Umno Tanpa Bersatu Tidak Tepat – Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Dakwaan mengatakan Pas tidak akan bersama UMNO tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai rakan sekutu tidak tepat, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk...

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Ketua Armada Bersatu Pertahan Cadangan Supaya BNM Cetak Lebih Banyak Duit

PETALING JAYA - Ketua Pemuda PPBM Wan Ahmad Fayhsal menggesa pihak berkenaan tidak bingkas mengkritik saranannya agar Bank Negara Malaysia (BNM) ‘mencetak duit’ untuk...

Berita Berkaitan

Telur Nyaris Ditanduk, Nasib Baik Kerajaan Akur Tuntutan Rakyat

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021 peringkat dasar yang diluluskan semalam berada dalam situasi telur nyaris ditanduk,” kata Datuk...

16 Januari 2021 PRK Gerik, Bugaya

KUALA LUMPUR - Hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, akan diadakan...

BN Bukan Pak Turut PN

KUALA LUMPUR - Jelas peranan Barisan Nasional (BN) dalam Perikatan Nasional (PN) bukanlah menjadi ‘pak turut’ kepada kerajaan tetapi sebagai pejuang utama kepada...