Kerajaan tak akan lulus sebarang permohonan ketika tempoh kempen, elak diputar belit pembangkang – Ahmad Maslan

- Advertisement -

KLUANG – Permohonan masyarakat India di Padang Tembak, Kluang supaya kerajaan membina kawasan tanah perkuburan India tidak akan diluluskan kerajaan ketika tempoh berkempen.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan, sebarang kelulusan ketika tempoh berkempen berisiko akan melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Saya ingin memaklumkan kenyataan-kenyataan kelulusan pada saat ini ketika kita sedang berkempen ini nanti akan diputar belit oleh pembangkang.

“Saya hanya memaklumkan perkara yang telah diluluskan sebelum ini dan saya dah umumkan sebelum ini
dan saya cuma buat pengumuman semula saja termasuklah perkara lain,” katanya kepada pemberita ketika meninjau lokasi pembesaran jalan di bandar Kluang, pada Rabu.

Ahmad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memberitahu, sepanjang menjalankan kerja-kerja Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota beliau juga menerima banyak permohonan daripada masyarakat setempat.

“Saya pergi ke pusat daerah mengundi (PDM) macam-macam mereka mohon, mohon itu, mohon ini.

“Macam-macamlah, 1001 macam boleh sebut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkait Parti Urimai ketika ini memainkan isu kelewatan pembinaan kawasan tanah perkuburan kaum India dikalangan pengundi India di Padang Tembak, di mana penduduk mahu isu itu diselesaikan dengan segera.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat