Shahril puji ucapan PM Di PBB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipuji kerana telah menyampaikan pengisian ucapan berkualiti dan berani dalam Pernyataan Negara pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) kali ke-78 di New York baru-baru ini.

Anwar dikatakan tidak mengambil jalan tengah atau jalan selamat dalam ucapannya sebaliknya secara berterus terang menyatakan krisis-krisis dunia yang berlaku adalah tindakan yang salah dan wajar ditamatkan kerana ia memberi impak negatif kepada negara lain di seluruh dunia.

Dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Ahad, Shahril Hamdan memuji keberanian Anwar dalam menyatakan pendirian Malaysia di pentas dunia.

“Di UNGA ke-78 Anwar telah katakan krisis ini memberi masalah kepada seluruh dunia maka hentikanlah krisis.

“Tetapi saya tertarik saya gembira dan agak bangga bila melihat pemimpin negara kita berpendirian mengatakan ini adalah salah bukan hanya kata mari hentikan ini ini salah.

“Bagi saya ini ucapan berkualiti, terbaik malah pengisian berani ambil pendirian. Memang mudah main kat tengah-tengah cakap benda yang pada akhirnya tak ada makna… tak ada kesan yang ni nampak apa yang cuba disampaikan dan berani berhadapan dengan apa-apa implikasi selepas ini,” ulas Shahril.

Kata beliau, Perdana Menteri dilihat konsisten dengan tema beliau iaitu kuasa besar jangan buli kuasa kecil dan kita tahu ini ‘jenama’ Anwar.

Tambah Shahril lagi, Anwar menegaskan bahawa harus ada kesaksamaan dan keadilan antara kuasa besar dan kecil.

“Ini menjadikan ucapan beliau lebih bertenaga dan berkualiti,” katanya.

Selain itu ulas Shahril lagi, perjumpaan Anwar bersama dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan mengeluarkan kenyataan bersama berkenaan Islamofobia memberi isyarat paksi kecil kepimpinan Islam.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan ucapan Anwar berunsur ‘Mahathirians’ yakni naratif dan pandangan Anwar selari dengan ucapan-ucapan Tun Mahathir Mohamad sebelum ini berani menghentam kuasa-kuasa besar dunia di pentas PBB.

“Saya suka ucapan Datuk Seri Anwar- Mahathirians at part – he took on the powerful intrest or the big power in the world dan ini sinonim dengan naratif dengan pandangan, pendirian telah pun bermula sejak Tun M.

“… dan waktu Tun Abdullah, pendirian berkecuali manakala Najib dilihat lebih friendly dengan negara besar, Muhyiddin Covid-19 tak pergi, Ismail kembali against big power.

“Kini PMX mencabat macam Mahathir, cabar kuasa dunia,” katanya.

Khairy juga memuji Anwar yang cuba membawa isu ini sebagai isu sejagat.

“Di mana beliau cuba katakan apa juga yang berlaku di sana akan beri kesan kepada kami di Asia Tenggara.

“Saya berpendapat masa akan datang beliau akan bangkitkan isu reformasi PBB,” ujarnya- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat