Ahli parti mesti sokong calon BN di Pelangai – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta agar semua pihak mengenepikan perbezaan pendapat dan menumpukan kepada usaha serta gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Beliau berkata, apa yang lebih penting kini ialah untuk memenangkan calon Barisan Nasional, kerana jelasnya jika calon tersebut kalah, seluruh parti turut mengalami kekalahan.

“Apa yang penting calon adalah daripada parti kita Umno. Dia (Amizar) bukan bertanding sendiri atas diri dia, calon ini mewakili parti jadi kita sebagai ahli parti mestilah menyokong calon daripada parti kita.

“Siapa sahaja yang dicalonkan tidak penting, yang penting adalah mereka mewakili parti kita, kalau calon kita kalah dalam PRK nanti, bukan calon itu sendiri kalah tetapi seluruh parti akan kalah.

“Imej parti akan tercemar kerana calon itu kalah maknanya ianya merangkumi benda yang besar, bukan setakat individu kalah tapi yang lebih besar kekalahan kepada parti,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu 2023 di Hotel Le Quadri UCSI, hari ini.

Ahli Parlimen Bera yang juga Bekas Naib Presiden Umno itu berharap kemenangan berpihak kepada BN bagi mencapai kerusi yang sama seperti sebelum ini iaitu sebanyak 17 kerusi pada 7 Oktober ini.

“Saya harap PRK DUN Pelangai kita pastikan kemenangan calon kita, kalau tidak akan jadi 16 kerusi DUN di BN, dulu 17-17 sekarang kalau kalah hilang satu kerusi, kita tinggal 16-18 kerusi DUN.

“Maknanya kita kalah dengan PN, 18-16, kalau kita menang kita kembali ke kerusi asal,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai isu calon bebas, Haslihelmy DM Zulhasli yang sebelum ini menyifatkan penyertaannya pada PRK di DUN Pelangai sebagai protes pemilihan calon BN.

Haslihelmy menyatakan ada calon yang lebih layak diletakkan berbanding Amizar yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bentong itu yang pernah bertanding kerusi DUN Ketari tetapi tewas kepada calon PH, Su Keong Siong.

Sehubungan itu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan keahlian Haslihelmy sebagai ahli Umno gugur serta-merta selepas dia membuat keputusan bertanding sebagai calon Bebas pada PRK DUN Pelangai.

PRK DUN Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, akibat nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat