300 Ahli Bersatu Dan Warisan Putatan Mohon Sertai UMNO

- Advertisement -

PUTATAN, 25 September – 300 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Warisan Sabah di kawasan Parlimen Putatan menghantar borang permohonan masuk ke UMNO.

Borang permohonan itu diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffrey Nor Mohammad
oleh wakil kumpulan itu, Sulaiman Salleh dalam majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin di sini pada Sabtu.

Majlis penyerahan itu disaksikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Menurut Mahdzir, parti itu sentiasa terbuka menerima permohonan ahli baharu dan bekas ahli yang ingin kembali bersama perjuangan UMNO.

“Apa yang saudara-saudari buat malam ini (memohon menyertai UMNO), saya sebagai Naib Presiden sangat berterima kasih, kita tidak ada sebarang permusuhan, kita tidak ada apa-apa yang nak digaduh, kenapa tidak cari jalan, jadi sekarang kita sudah cari jalan untuk kembali bersama-sama dengan keluarga besar kita.

Tidak ada masalah sama sekali, jangan kata kamu lain, kita lain, kita sama juga itulah orangnya sama ada Bumiputera, orang Cina, India, orang Kadazan, Dusun, Murut atau apa sahaja etnik, kita adalah Keluarga Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Tambah beliau yang juga Pengerusi Biro Keahlian UMNO Malaysia, keutamaan pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional adalah untuk membawa kestabilan politik menerusi sokongan majoriti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 akan datang.

“Kalau politik ini huru-hara, empat tahun ini politik huru-hara, bergaduh sebab Pakatan Harapan, duduk tak duduk dalam empat tahun ada tiga Perdana Menteri.

Sekali kita mengundi pada 2018, tiga Perdana Menteri kita dapat, ada orang kata kepada saya baguslah itu, tapi huru-hara negara kita, jadi apa yang kita nak adalah kestabilan dan kebaikan untuk semua,” kata Mahdzir.

Sementara itu menurut Jeffrey Nor, sebelum ini 630 orang ahli BERSATU dan Warisan Putatan juga telah menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO.

“Ini merupakan kumpulan kedua ahli-ahli BERSATU dan Warisan yang telah menyerahkan borang permohonan untuk menyertai UMNO kerana kekecewaan mereka yang merasakan tertipu dengan pelbagai janji manis parti tersebut.

Ini bukan gimik menjelang PRU15, permohonan ini adalah perkara yang tulen di mana mereka sendiri mahu kembali menyertai UMNO yang sebelum ini mereka tinggalkan kerana termakan hasutan,” kata Jeffrey.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat