Permintaan Tenaga TNB Dijangka Kekal Stabil – Maybank IB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Permintaan bagi tenaga di Lembah Klang untuk tahun 2021 dijangka kekal stabil tahun ke tahun berbanding unjuran pertumbuhan 2.9% yang dibuat sebelum ini berikutan peralihan Lembah Klang ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara.

Maybank IB Research berkata, penjanaan tenaga bagi Semenanjung Malaysia kini semakin pulih dengan hanya 6.5% di bawah kadar operasi sebelum Perintah Kawalan Pergerakan pada Mei 2021.

“Bagaimanapun, kenaikan harga arang batu yang mendadak berpotensi menjejaskan pendapatan suku ketiga 2021 Tenaga Nasional Berhad (TNB) 3Q21 berikutan terdapat jurang antara kos arang batu TNB dan harga Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT).

“Kami menekankan ini hanya disebabkan oleh masa, dan TNB tidak terjejas dengan turun naik harga bahan bakar,” katanya dalam nota kajiannya di sini pada Jumaat.

Firma itu berkata, syarikat dengan kontrak pelanggan harga tetap dijangka mengalami tekanan ekoran kenaikan harga gas Eropah

“Bagaimanapun TNB dijangka tidak terjejas berikutan harga gas domestik sebahagian besarnya masih dikawal,” katanya.

Maybank IB Research berkata, dorongan terhadap sumber boleh diperbaharui juga telah menyaksikan peningkatan penggunaan solar melalui ladang solar dan solar atas bumbung.

“Dari perspektif pengoptimuman tanah, teknologi solar mungkin lebih sesuai untuk bumbung.Dengan insentif yang betul, pajakan panel TNB boleh menjadi sumbangan penting kepada pertumbuhan syarikat,” katanya.

*Berita asal di DagangNews.com

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,579FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat