Guru Ditemukan Meninggal Dunia Hampir Seminggu

- Advertisement -

PETALING JAYA: Seorang guru ditemui meninggal dunia selepas hampir seminggu di kediamannya di Kampung Bechah Resak, Chabang Empat, Tumpat, tengah hari semalam.

Mayat mangsa berusia 52 tahun ditemui rakannya yang ke rumah guru terbabit selepas curiga panggilan telefonnya tidak berjawab.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Mohd Razi Rosli berkata, pada 12.50 tengah hari semalam, rakan mangsa ke rumahnya untuk bertanya mengenai status vaksinasi Covid-19.

“Rakannya terlebih dahulu menghubungi mangsa beberapa kali menerusi telefon bimbit namun tidak berjawab sebelum mengambil keputusan datang sendiri ke rumah mangsa.

“Rakannya terhidu bau busuk dan cuba membuka pintu untuk masuk sebelum ternampak mangsa yang sudah meninggal dunia terbaring di dalam bilik,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Razi berkata, pihak berkuasa segera dihubungi dan hasil ujian Covid-19 mendapati mangsa negatif wabak itu.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa tidak menghidap sebarang penyakit dan tiada rekod kesihatan diperoleh.

“Kami juga tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya.

– FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat