Warga Emas Pandu Teksi Cuba Seludup Pendatang Asing

- Advertisement -

KOTA TINGGI – Cubaan warga emas berusia 70 tahun membantu membawa keluar tiga wanita pendatang asing tanpa izin (PATI) yang baru tiba ke Malaysia dengan helah teksi dipandu rosak dibahu jalan dipatahkan.

Suspek ditahan anggota Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD) jam 11.50 pagi semalam, di bahu jalan sekitar kawasan Ladang Sungai Tengah, Bandar Penawar di sini.

Berdasarkan kenyataan dimuat naik di Facebook (FB) Tentera Darat Malaysia, kejadian berlaku di sektor OP Benteng di kawasan di bawah tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri (7 Briged) 1 KAD.

“Ketika rondaan, pasukan 1 KAD mendapati sebuah teksi Proton Exora di bahu jalan. Turut ada di lokasi ialah pemandunya yang juga lelaki tempatan berusia 70 tahun.

“Ketika pemeriksaan, dia memaklumkan teksinya rosak. Namun, hasil pemeriksaan terhadap telefon bimbit suspek, lelaki itu didapati sedang menunggu untuk mengangkut pendatang asing tanpa izin.

“Kumpulan rondaan kemudiannya melaksanakan penjejakan di sekitar kawasan terbabit sebelum menahan tiga wanita warga Indonesia berusia 37 hingga 40 tahun yang baru menyeludup masuk dan menunggu teksi itu,” katanya.

Menurut kenyataan, suspek dan warga asing itu ditahan bagi membantu siasatan.

“Kami turut menyita Proton Exora selain merampas wang tunai dan tiga buah telefon bimbit dengan nilai keseluruhan lebih RM57,000,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,558FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat