Berhenti Salahkan UMNO, Bubar Parlimen

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Tun Dr Mahathir Mohamad didesak berhenti menjadikan UMNO sebagai ‘kambing hitam’ UMNO dalam kemelut politik melanda negara mutakhir ini.

Gesaan ini disuarakan oleh Ketua Pemuda
UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin yang meminta bekas Perdana Menteri itu berhenti menyalahkan UMNO demi kepentingan diri.

“Cukup-cukuplah mengkambinghitamkan UMNO untuk kepentingan diri. Jika Dr Mahathir ikhlas beliau boleh kembali menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mengukuhkan kerajaan.

“Dr Mahathir boleh menstabilkan kerajaan ini dengan menyokong Muhyiddin bukannya meletak beban kemelut politik ini kepada UMNO,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Nazir Hussin juga mencadangkan kepada Muhyiddin untuk membubarkan Parlimen.

“Kepada Perdana Menteri yang budiman dan berpengalaman saya fikir eloklah dibubarkan Parlimen demi sebuah kestabilan politik yang baru,” saran beliau.

Dalam pada itu, katanya, kenyataan Dr Mahathir yang menyalahkan UMNO dalam percaturan politik terbaharu membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sangat tidak tepat dan bersifat telunjuk lurus kelingking berkait.

Jelasnya, dari awal Barisan Nasional (BN) dan PAS berpendirian bahawa satu Pilihan Raya Umum (PRU) baharu perlu diadakan bagi menyelesaikan kemelut ini.

Katanya, namun seperti yang diketahui umum, pandangan ini tidak mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu.

“Atas sebab itu, BN dan Pas telah mengambil keputusan menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Sokongan ini dibuat tanpa sebarang syarat membabitkan hal-hal peribadi mana-mana pemimpin seperti mana dakwaan Dr Mahathir.

“Pelbagai peristiwa selepas itu dalam pembentukan kabinet dan penubuhan Perikatan Nasional telah sedikit sebanyak mengguris hati dan perasaan ahli UMNO.

“UMNO diketepikan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Perikatan Nasional (PN) telah ditubuhkan bagi menyaingi Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO. Ahli-ahli BN telah dipancing menyertai PN dengan maklumat yang tidak berapa tepat dengan andaian UMNO akan menyertainya kemudian.

“Walaupun berkecil hati, UMNO tidak pernah mengeheret isu politik atau pemimpin parti untuk menjatuhkan kepimpinan Muhyiddin,” ujarnya.

Beliau berkata,sudah tentu dalam keadaan ini ada ahli-ahli Parlimen UMNO yang tidak berpuas hati telah memilih jalan yang berbeza dari keputusan pucuk pimpinan parti menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

“Ini bukan kali pertama berlaku. Selepas PRU-14, ramai juga ahli Parlimen UMNO menzahirkan sokongan kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir malah ada yang keluar parti menyertai beliau.

“Oleh kerana majoriti kerajaan ini sangat tipis maka ia akan sentiasa bergolak sehinggalah satu PRU baru diadakan.

“Pada masa yang sama rakyat perlu sedar bahawa Dr Mahathir adalah punca kerajaan ini tidak stabil. Kumpulan beliau telah menentang Muhyiddin walaupun sebelum itu memberi sokongan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat