Jom jadi pembangkang di kawasan pernah ‘totok’ Umno- Johari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyeru pimpinan Umno akar umbi untuk memainkan peranan sebagai pembangkang di kawasan-kawasan yang sebelum ini pernah menjadi kerusi tradisi Umno dan kini menjadi milik Perikatan Nasional (PN).

Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata, saranan itu sangat relevan untuk mengembalikan jumlah peratusan undi popular sekali gus menawan semula kawasan-kawasan yang sebelum ini ‘totok’ milik Umno.

“Selama empat pilihan raya yang lepas kita kalah maka ada banyak kerja nak buat, kita kena kurangkan retorik dan jadi lebih dinamik. Kena tukar macam- macam benda.

“Kita kena balik ke kawasan, mana-mana kawasan Umno yang dulu ‘totok’ yang kita dah kalah tiga kali. Apa kata kita semua pulang nanti kita jadi pembangkang dalam kawasan tersebut bukan jadi wakil rakyat dalam kawasan itu.

“Bila dah kalah tiga kali kalah, situ pun dah ada wakil rakyat maka kita kena belajar jadi pembangkang dalam kawasan tersebut.. yang lain fikir macam mana nak buat,” saran Johari ketika sesi penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024, pada Sabtu.

Beliau menegaskan bukanlah perkara mudah untuk mengubah undi popular dan ia juga memerlukan masa panjang untuk mengembalikan semula kepercayaan orang Melayu kepada Umno.

Johari juga membangkitkan persoalan, betulkah Melayu perlu Umno atau Umno perlu Melayu?

“Kemungkinan orang Melayu perlu Umno masa kita mula merdeka dulu 1957. Ketika itu kita membangunkan dan berkuasa 60 tahun dan saya percaya kalau dulu kita guna bahasa orang Melayu perlu Umno, kalau tak ada Umno, orang Melayu habis,susah tapi hari ini saya rasa Umno perlukan orang Melayu.

“Kerana dengan mempunyai pemikiran yang ini kita akan jaga orang Melayu dengan sebenar-benarnya sebab kita perlukan orang Melayu.

“Kaji statistik ini, di Kelantan kita ada 2 DUN daripada 45, Terangganu 0/36, Kedah 0/36, Perlis 0/15 dan Selangor 2/56. Sedangkan ini adalah kawasan yang ramai orang Melayu.

“Kalau betul-betul lah Melayu perlukan Umno macam mana boleh jadi kosong? Ini kita kena tengok dari dalam,” katanya.

Tegas Johari sekiranya pimpinan akar umbi pacu arah Umno perlukan orang Melayu maka Umno akan jaga orang Melayu.

“Tetapi kita mendabik dada bahawa Melayu perlukan Umno, orang Melayu hari ini bukan calang-calang selepas 60 tahun, sampai satu peringkat dulu ekonomi ubi kayu sekarang 1.5 trilion saiz ekonomi selama 60 tahun Umno tadbir negara, tapi hari ini Umno hilang kerusi.

“Politik ini sangat dinamik guna cara sama, strategi sama ia tidak akan mengubah kita kerana dinamik berubah-ubah.

“Undi popular terhadap BN menurun mendadak sejak PRU-11.. ketika itu kita dapat 63 peratus undi popular dengan 148 kerusi untuk BN, pada PRU-12 undi popular turun kepada 50 peratus dengan 140 kerusi milik BN.

  1. “Pada PRU-13 undi popular turun kepada 47 peratus dengan 133 kerusi dimenangi BN, pada PRU-14 turun kepada 33 peratus dengan 79 kerusi namun pada PRU-15 ranap ke 23 peratus dengan 30 kerusi milik BN juga kerajaan negeri juga banyak tumbang,” katanya.
author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat