Malaysia amat minat eksport buah tropika, hasil ternakan dan perikanan ke Venezuela – Mat Sabu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menyatakan minat untuk menerokai potensi pasaran baharu ke Venezuela bagi produk buah-buahan tropika, hasil ternakan serta hasil perikanan.

Justeru kata Mohamad, bagi menjayakan hasrat ini, Malaysia ingin mencadangkan satu protokol atau prosedur operasi standard (SOP) terhadapan produk seperti ayam, daging lembu dan sarang burung ke dalam pasaran Venezuela.

“Hari ini saya mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Luar Venezuela TYT Yvan Gil Pinto dalam lawatan kerja pertanian antara Malaysia dan Venezuela.

“Malaysia amat berminat untuk menerokai potensi pasaran baharu ke Venezuela bagi produk buah-buahan tropika, hasil ternakan serta hasil perikanan.

“Bagi menjayakan hasrat ini, Malaysia ingin mencadangkan satu protokol atau prosedur operasi standard (SOP) terhadapan produk seperti ayam, daging lembu dan sarang burung ke dalam pasaran Venezuela.

“Saya amat berharap kerjasama strategik ini akan membawa manfaat besar kepada sektor pertanian Malaysia dan Venezuela, serta membantu memastikan bekalan makanan yang mencukupi dan berkualiti untuk rakyat kedua-dua negara,” kata Mohamad dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Venezuela pada 2023 dinilai pada USD48.4 juta, meningkat 34.8 peratus daripada USD36.6 juta yang dicatatkan dalam 2022.

Ujarnya, jumlah eksport pada 2023 bernilai USD8.8 juta, penurunan sebanyak 16.4 peratus daripada USD10.9 juta yang dicatatkan pada 2022.

“Sementara itu, jumlah import pada 2023 bernilai USD39.6 juta, meningkat 56.3 peratus daripada USD25.6 juta dicatatkan pada 2022.

“Manakala jumlah perdagangan Malaysia dalam produk pertanian dengan Venezuela bernilai RM40.33 juta pada 2023 (USD8.6 juta).

“Antara produk import utama Malaysia dari Venezuela ialah ikan, krustasea dan moluska; kopi, koko, teh dan rempah ratus; serta sayur-sayuran,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat