GTR Burger rujuk kembali dengan Kedah FC

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – GTR Burger membuat U-turn apabila memutuskan untuk meneruskan penjualan burger dan hubungan strategik bersama Kedah Fc buat masa ini.

Ahli Lembaga Pengarah GTR Burger, Najib Jalil berkata, tindakan itu dibuat selepas mengambil kira rasional dari semua sudut.

“Saya dari pihak GTR Burger membuat keputusan untuk meneruskan penjualan burger dan hubungan strategik bersama Kedah FC buat masa ini setelah berbincang secara baik serta memandang dengan rasional dari semua sudut..

“Insya-Allah penjualan burger GTR Burger pada perlawanan yang akan berlangsung esok dengan penambahbaikan dari sudut kualiti.

“Kepada para penyokong Kedah FC ,kami akan lakukan yang terbaik,andainya ada kelemahan dari pihak kami di masa lalu, kami mohon maaf dan kami tidak mampu mengubah masa lalu, sambil menyeru bersama memeriahkan industri bola sepak negara.

Semalam, GTR Burger mengumumkan hasrat untuk menarik diri sebagai rakan strategik Kedah Darul Aman FC.

Hasrat itu terlebih dahulu dimaklumkan kepada pemilik saham terbesar, Tan Sri Dr Daud Bakar.

GTR Burger turut memohon maaf selepas dipalit kontroversi mengenai kualiti produk mereka yang dijual di Stadium Darulaman ketika bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Piala FA, minggu lalu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat