Teruskan Bantuan Tunai Bersasar Bantu Rakyat Hadapi Peningkatan Kos Sara Hidup

KUALA LUMPUR, 07/2/2018, Speech by Minister of Communications and Multimedia Malaysia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak on Launch of Cendana's “Kuala Lumpur as a Cultural & Creative City” at Bursa Malaysia. Picture by - Zuraneeza Zulkifli

KUALA LUMPUR – Bantuan tunai
secara terus ‘one off’ seperti diberikan Perdana Menteri sebelum ini perlu berterusan dan bersasar.

Hal ini sangat membantu kerana kos perbelanjaan bulanan rakyat dianggarkan meningkat dari RM100 hingga RM200 sebulan,” kata Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Jelas beliau ini bertujuan untuk menampung kos sara hidup yang meningkat bantuan tunai adalah penyelesaian yang paling cepat dan berkesan.

Kata Salleh lagi, dengan polisi dan dasar yang sistematik dan kukuh, ekonomi akan terus berkembang justeru, negara juga akan makin pulih dan membangun.

Malah apa yang penting ialah semua pihak saling bantu bekerjasama untuk membangunkan ekonomi negara,” kata Pengerusi Kelab Backbencher Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu di Facebooknya.

Menurut bekas Ketua Menteri Sabah itu, negara dihujani cabaran lebih-lebih lagi saat mencapai fasa endemik.

“Kenaikan harga barang asas terutamanya menjadi satu keutamaan untuk kerajaan atasi agar masyarakat tidak terbeban. Isu kenaikan harga dedak misalnya menyumbang kepada kenaikan harga ayam.

“Namun kerajaan kini mengambil langkah mengapungkan harga barang keperluan tersebut demi rakyat. Ini merupakan langkah terbaik buat masa terdekat.

“Untuk jangka masa panjang, perkara ini boleh diatasi dengan program menanam jagung berskala besar. Petani dan pekebun setiap negeri boleh memperkasakan tanaman jagung sekaligus membantu negara untuk meningkatkan pengeluaran,” katanya.

Salleh menambah, di Sabah misalnya, kita boleh perkasakan industri pertanian kerana mempunyai tanah yang luas dan iklim yang sesuai.

“Namun, banyak perkara perlu diteliti dari segi logistik, kos dan tenaga buruh untuk memastikan ia lancar.

“Antara perkara lain yang boleh dilakukan untuk mengatasi kenaikan harga barang ialah untuk membanteras aktiviti pencatutan dan monopoli. Peraturan dan perundangan yang lebih kuat dan berkesan agar tiada salahguna kuasa berlaku,” jelasnya.

Manakala bercakap mengenai ekonomi yang sentiasa berkembang dan membangun, negara jangan terlalu fokus kepada pasaran eksport kerana ia merupakan faktor utama menyumbang kepada gaji rendah, malah kita juga bergantung kepada tenaga pekerja asing.

Justeru, import dan eksport perlu seimbang.

“Laporan Jabatan Perangkaan (DOSM) pada Mac lalu merekodkan prestasi eksport Malaysia mengekalkan pertumbuhan dua digit pada Februari 2022, iaitu meningkat 16.8 peratus kepada RM102.3 bilion, tahun ke tahun.

“Selari dengan peningkatan eksport, import meningkat 18.4 peratus daripada RM69.7 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM82.5 bilion,” kata Salleh.