Kuala Lumpur – Majoriti rakyat menzahirkan rasa penghargaan terhadap Jabatan Immigresen Malaysia kerana pantas bertindak sehingga berjaya menahan warga Bangladesh, Md Rayhan Kaber.
Tinjauan di laman Facebook mendapati, masyarakat memuji kecekapan JIM mengheret lelaki tersebut ke muka pengadilan setelah dia mengeluarkan kenyataan menghina negara ini.
Malah keputusan untuk mengusir dan mengharamkan warga Bangladesh itu dari memasuki negara ini buat selama-lamannya turut disokong dan mendapat pujian.
“Syabas dan tahniah Immigresen atas tindakan pantas dan cekap. Halau terus dia dari bumi Malaysia ini. Jenis tak sedar dek untung dan kacang lupakan kulit,” tulis Ahmad Kamarul Zaini.
“Setelah menerima pelbagai nikmat dan kemudahan, dia hina negara yang memberi dia peluang untuk cari rezeki. Hebat Immigresen buat kerja, kalau boleh sebelum tendang dia balik negara asal, suruh dia minta maaf pada seluruh rakyat Malaysia dulu,” tegas Noraini Khai pula.
“Saya sokong dengan kenyataan tegas KP Immigresen untuk halau dia keluar. Biar dia tahu kenyataan biadap tu telah menguris hati dan perasaan rakyat Malaysia,” tulis Ahmad Safuan Affendi pula.
Rayhan ditahan sekumpulan pegawai dan anngota JIM semalam kerana memberikan kenyataan tidak benar ketika diwawancara media antarabangsa Al Jazeera.
Dia mendakwa layanan kerajaan Malaysia terhadap pendatang asing di negara itu adalah zalim, kerana menangkap mereka yang tidak mempunyai visa perjalanan yang sah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, Rayhan akan diusir dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia buat selama-lamanya.
Polis juga telah memulakan siasatan ke atas Al-Jazeera mengenai dokumentari tersebut.